Friday, January 20, 2012

Mindef Saya

Semakin umur kita meningkat, semakin sistem pertahanan badan kita lemah menentang penyakit. Adakah anggota sistem imunisasi badan manusia juga beruban bila tuan punya badan beruban?


Melihatkan sistem imunisasi badan yang telah dianugerahkan kepada kita dari tuhan, saya amat teruja. Ianyanya begitu menyeluruh dan sistematik. Seingat saya, tak pernah pulak saya arah kan "T-Cell" didalam sel darah putih saya untuk menyerang kuman dan bakteria yang terlepas masuk kedalam darah.

Pandai pulak sistem imunisasi ini mengesan mana satu bakteria baik dan mana satu bakteria setan dan memerangi bakteria setan tadi dengan pelbagai cara sampai menang. Nak menambahkan rasa teruja tadi, rupanya sistem imunisasi badan kita boleh mengingat bakteria2 yang telah mereka hancurkan dan secara otomatik menyediakan ubat untuk membunuh bakteria tadi tanpa perlu perang teruk-teruk. Ingat vaksinasi?

Pehhh... dahsyat.

Kembali kepada persoalan saya diatas tadi, makin tua makin badan tak tahan melawan penyakit.

Ada seorang rakan yang tidak pernah alah kepada makanan laut tetapi tiba-tiba dia "sinus" selepas melantak udang bila umurnya 35 tahun.

Semoga umur kita dipanjangkan dengan tidak mengidap penyakit yang kronik. Setakat pening-pening dan sakit urat tu tak mengapalah kerana ia penghapus dosa.

1 comment:

  1. mari belajar ilmu immunologi bersama abg pakordi :)

    ReplyDelete