Thursday, January 26, 2012

Tiga Pekan di Perak

Perasaan mandi sungai saya hampir luput dari ingatan tetapi dua hari yang sudah, saya ke Hutan Lipur Ulu Kenas. Ianya terletak diantara Kuala Kangsar dan Manong. Cuacanya nyaman, airnya sejuk dan ia sangat terbaik. Saya berendam 30 minit. Selesai berendam, kami bergelinjang makan cendol di pekan Kuala Kangsar.

Sebelum saya terlupa, ramai juga yang berendam dengan saya tempoh hari. Yang menghairankan ialah tidak ramai yang berbahasa Perak. Boleh dikatakan 80% berbahasa macam orang KL, termasuk lah saya. Isteri saya orang Selayang, mana reti cakap Perak. Saya cuma akan bercakap Perak bila berbual dengan mak. Hah, yang itu otomatik jadi cakap Perak.

Bila saya ke pejabat kerajaan negeri Ipoh, perkara yang sama juga berlaku. Pegawai bertugas dikaunter ramai berbahasa standard. Ater, mana ghopenya yob?

Ipoh diwaktu malam memang layan juga. Greentown mantap dan bersepah dengan pot melepak dan makan-makan yang bagus. Tak sempat nak merasa makan gerai van sepanjang jalan di Greentown tu. Mungkin dilain masa.

Abis makan malam di Dubliners Cafe, kami pun berjalan-jalan di Gerbang Malam di tengah-tengah bandar Ipoh. Satu kawasan yang seperti 'uptown' di KL. Layan jugak lah.




Lunch Nasi Vanggey memang lain macam. Kepada pengunjung bandar Ipoh, silalah kesana untuk makan tengahari anda.




Ipoh, Taiping dan Kuala Kangsar adalah tiga lokasi berbeza di sebuah negeri yang sama dengan citarasa, ambience dan tarikan yang tersendiri namun ketiga-tiganya tip-top!

6 comments:

  1. 3 pekan yang loghatnye adalah berbeza.. Itu yg uniknya perak... banyak loghat, Ipoh dan kawasan sekeling ada loghat dia, Kuala Kangsar ada loghat dia sendiri, Bota & Parit loghat sendiri, Taiping dgn loghat utara dia hehe

    ReplyDelete
  2. Spot on vedd. Yang kau belum tidor kul 3am ni apahal? Sakit otak? Kah kah.

    ReplyDelete
  3. dekat damansara ada aku jumpak perak pekat..haha

    ReplyDelete