Kad kredit ialah sekeping kad yang memang berpuaka.
Perkara pertama yang membuatkan ia berpuaka ialah betapa mudahnya untuk membeli barang. "Swipe" dan tandatangan. Dengan adanya internet, nafsu untuk membeli barangan didalam talian adalah amat memberahikan. Hah, cara ini lagi mudah. Isi butiran kad sahaja dan barang akan sampai dalam masa yang ditentukan. Pehhhh...
Sekiranya seseorang itu bergaji, pihak yang mengeluarkan kad berpuaka ini akan memberikan kad ini bersama dengan jumlah kredit yang tertentu. Malah pihak pengeluar lain juga akan berlumba-lumba untuk memberikan individu tadi kad yang sama, cuma berlainan jenama hanya dengan melihat salinan kad puaka yang individu tadi telah miliki.
Zaman saya ada kad ini, limit penggunaan bermula dari RM3,000. Sekarang tak tahu lah.
Dahulu kala memang saya pernah memiliki sekeping kad yang berpuaka ini. Tetapi kini tiada lagi. Saya hanya ada kad debit. Itu pun hanya untuk membuat tempahan tiket kapalterbang secara atas talian, atau membeli barangan di ebay mengikut kemampuan yang saya ada.
Sekiranya anda seorang yang berdisiplin didalam menggunakan wang dan juga kad puaka ini, anda memang sangat beruntung. Tapi pada hemat saya, ramai rakan dan sahabat taulan saya yang disiplin tahap kelas pertama pun kantoi bila berhadapan dengan kad puaka ini.
Celaka lah kau wahai kad kredit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hehe.. saya pakai kad kredit 4 tahun.setakat ini masih berdisiplin.berbelanja bila ada duit.takde duit, buat2 lupa psl kad kredit tu.hiks.
ReplyDeleteIni sangat bagus! Kau bujang lagi kut. Bila dah kawin nanti, jangan kasi laki kau pegang kad puaka tu. Hehe.
ReplyDelete