Monday, June 28, 2010

Jangan Melampau (Edited)

Gua ada seorang member nama boroi. Dia belajar tinggi sampai ke awan biru dalam bidang kejuruteraan. Dia juga seorang yang sangat penjimat.

Naik kereta dengan dia, dia tak pernah pasang aircond. Nak save minyak, katanya. Beli kereta manual sebab manual transmission save minyak, katanya. Bila kereta dia start bergerak di trafik light, RPM belum cecah 20 dia dah masuk gear dua, nak save minyak katanya. Bila nak bukak lampu depan kereta, buka lampu kecik dulu, baru bukak lampu besar untuk jimat lamp life katanya.

Kelajuan pemanduan boroi hanya 70km/j. Ini ialah kerana pada 70km/j, mass/fuel consumption kereta beliau akan menggunakan minyak paling optima. "Bila nak sampai ni?", detik hati gua.

Tiba2, sedang kami baik punya cruising tayar pancit.

"Alamak!", jerit boroi.

"Apahal wey?", tanya gua.

"Tayar spare aku tinggalkan dirumah sebab nak kasi ringan kereta, save minyak". Jawap boroi dengan nada selamba.

Gua terus keluar kereta, tahan teksi.

5 comments:

  1. Its true. Well, most of it are true.

    I bet it will make an award winning short muvee.

    ReplyDelete
  2. wakaka mmg ada manusia mcm tu beselah

    ReplyDelete
  3. sekali dengar macam cikgu mrsm le.. ala yg ajar fizik tuuuu

    ReplyDelete