
Semasa gua ada kesempatan hidup disana dahulu, benda yang paling gua ngeri bila bersiar-siar di bandar ialah sakit perut nak buang air besar (cakap melayu lembut "cover-cover") atau berak (cakap melayu "biasa-biasa").
Ini ialah kerana konsep membersihkan diri orang sana tidak memerlukan air. Cukup sekadar kertas tandas pencuci diri.
Konsep ini, kalau dalam keadaan darurat gua tak kesah sangat. Tapi kalau tidak, gua sanggup tahan buang air besar berjam-jam pun tak apa. Gua melayu yang masih belum tegar hidup di perantauan.
Kalau budak2 melayu yang dah berjanggut duk sana, selamba aje keluar dari W.C duduk sebelah gua dalam "tube" dan kata, "balik karang basuh lah. Lu ni tak metal betol".
Metal kepala otak lu.
selesa ke klu x basuhh erkkkkkk
ReplyDeleteNtah lah biola. Gua pun tak pernah main chelet aje.
ReplyDelete