Gua faham keadaan manusia yang kesempitan. Mereka akan lakukan apa saja demi melepaskan diri dari belenggu kesusahan. Tak kira lah kesusahan lahir mahupun yang batin.
Tolak masalah batin, kita zoom in masalah lahir.
Bangun pagi, gosok gigi, lari-lari hingga terbit mentari, masih tak cukup duit.
Tekan nombor ekor 1444. Tak juga kena-kena.
Nak meragut beg, bawa motor tak reti. Nak merompak, hati tak cukup keras. Muka pulak muka seorang yang penyayang akibatnya mangsa rompak tak takut pada si perompak malah kasi duit lebih kat si perompak kerana kasihan.
Perut dah lapar nak-nak bila tengok anak mula bergesel kat kaki tanda diorang juga kelaparan.
Mana arah nak dituju?
Sedang garu kepala waktu memandu, nampak teksi depan punya sticker.
"Kemudahan meminjam wang tanpa jaminan. No talipon: xx-xxxxxxx"
Celaka betol ahlong sekarang ni. Tampal sticker kat belakang teksi. Upstream sungguh.
Tapi selalunya, orang yang kesempitan ni disebabkan beberapa perkara seperti yang dipaparkan oleh saudara syaitan dibawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pinjam ah long tak kool. try pinjam ah su plak.
ReplyDelete