Saturday, June 12, 2010

Ruang Dimana Manusia Menjadi Adiwira

Mau jadi adiwira?

Tak semestinya adiwira tu kuat lari, boleh angkat lori, pakai baju dan seluar ketat.

Adiwira juga boleh takda otot gagah, perot buntal dan berseluar slack jenama padini.

Pada pendapat gua, manusia yang ada kualiti, minda cergas, iman mantap dan berilmu boleh lanyak Superman bila-bila masa.

Tadi gua menyaksikan aksi pakar sakit puan wife gua melahirkan anak gua, Adam. Sebelum memasuki bilik pembedahan, gua diarahkan untuk memakai baju hospital didalam bilik persalinan yang terletak di antara dunia luar dan bilik pembedahan. (Nanti gua upload gambar Adam.)

Waktu gua sedang asyik salin baju, masuk seorang lelaki berseluar slack, perut boroi kedalam bilik. Dia lalu terus bukak baju dan separa bogel sambil menegur gua, " tengok bini bersalin?".

"Yer doc. Cesarean", balas gua.

"Wife kamu 9 bulan mengandungkan anak, hari ni dia pass tugas pada kamu", doktor buat lawak. Gua sengih aje.

5 saat lepas tu gua kata "oh, kat dalam bilik inilah manusia biasa tukar baju jadi superhero".

Termenung doktor tu sekejap kemudian pandang kat gua sambil masukkan kaki kanan dia dalam seluar uniform doktor, "benar dan saya tak pernah terfikir pun dalam perspektif itu", muka dia nampak ceria.

Cara gua punya otak berfungsi kadang2 memang menyeramkan diri gua sendiri.

Doktor punya profesyen saling tak tumpah macam adiwira. Salute.

3 comments: