Thursday, March 17, 2011

Cerita Tentang James Bulger

James seorang kanak-kanak 2 tahun telah dibunuh dengan kejam oleh 2 orang kanak-kanak lain berumur 10 tahun di Liverpool, England pada 12 Februari 1993. Kalau anda mahu membaca kisah pembunuhan yang mengerikan ini, sila klik sini.

Pembunuh James telah dikenakan hukuman selama 10 tahun pada 1993 dan dibebaskan dengan syarat (parole). Mereka dibebaskan dengan menggunakan personaliti lain dan disembunyikan dari umum kerana bimbang akan ada orang cuba membunuh mereka. (Gambar dibawah ialah dua kanak-kanak yang membunuh James).


Persoalan yang saya ingin cetuskan disini ialah kenapa perlu sembunyikan personaliti pembunuh ini setelah mereka dibebaskan? Biarkan saja mereka bebas dengan identiti mereka diketahui agar mereka sedar perbuatan mereka dahulu itu salah. Kalau ada orang ingin membunuh mereka pun, biarlah mereka pertahankan diri mereka sendiri. Polis kan ada?

James Bulger, seorang kanak-kanak riang dan comel. Kalau dia masih hidup, umur dia 21 tahun ini.

1 comment:

  1. sangat kejam..tapi nak sangat tau..kenape dua orang budak ni membunuh...terpengaruh ngan tv ke?atau diorang pun pernah kena buli...hmmm

    ReplyDelete