Friday, April 29, 2011

Burger Rokes*, Bumiputera Rokes

Saya sering keliru dengan ejaan "bumiputera". Adakah ejaan yang tadi itu betul atau yang ini ---> "bumiputra". Perkataan itu penting kerana tanpa hak-hak nya, melayu mungkin makan pasir kasar yang buat simen itu sekarang tapi ejaan nya pula tak konsisten. Macamana tu?

Tiba-tiba saya teringat pada kumpulan Bumiputra Rockers (tengok ejaan nama kumpulan ini) dan video clip band saya jamm lagu dari kumpulan ini. Saya tau tajuk lagu sebenarnya "Dari Sinar Mata" tapi pengedit muzik video kami memang haprak. Buat kerja free, haprak lah. Cer kita bayor, cer kita bayor.

Nanti Battle Of The Band, saya nak cadangkan band saya main lagu ini. Takkan nak main lagu "Negaraku" kut? Nanti orang kata saya tak patriotik dan mempermainkan lagu negara pula walhal kalau saya nampak sesapa tak berdiri waktu lagu "Negaraku" dimana-mana acara saya pasti ketap gigi dan jeling tajam pada kutu itu.



* Burger Rokes ialah hakcipta terpelihara pipiyapong dan saya tujukan lagu ini kepada semua peminat-peminat Burger Rokes.

Wednesday, April 27, 2011

Sekolah & Guru-guru

Sekolah ialah tempat menuntut ilmu duniawi. Ilmu hitam belajar dengan bomoh dalam gua.

Bagi saya, hanya sekolahlah tempat sebenar dimana konsep 1Malaysia boleh diwujudkan selain dari tempat mainan kanak-kanak "playground" (klik sini untuk tesis dan kertas kerja setebal 120 mukasurat yang telah saya bentangkan dahulu).

Memang ada guru yang membakar anak murid untuk menerangi alam, tetapi kebanyakan guru ialah seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi alam. Yelah, gaji pokok pun dah tinggi mestilah diorang sanggup nak membakar diri ye dak? Cuba gaji kecik.

Dengan menolak isu gaji pokok tinggi tadi, bolehlah kita rumuskan bahawa kedudukan sekolah dan guru ialah setaraf dengan kedudukan menteri kabinet atau mungkin lebih tinggi lagi dalam masyarakat.

Tetapi kenapa bila budak kecik punya perangai macam iblis gemuk, guru dipersalahkan kerana tidak mengajar erti disiplin? Sekolah dipersalahkan kerana jual nasi lemak, chickedees, coklat dindang dan aiskrim potong didewan makan?

Kenapa?

Monday, April 25, 2011

Its a Fund Raising Thing

Last Saturday, my band had a live session @ Patio21, Subang in front of about 100 eyeballs. Actually its a warm up session before an album called "Songs From Dorms" is made comprises of songs from various alumni's. Its a fund raising effort (please click here for more info on the asrama al-rayyaj fund raising project).



My band can be "liked" at Lusuka Wasuka Band Facebook Page. We are a band made for fun to kill off a mid-life-crisis disease which is getting worse.

I am the vocalist wearing a Sindiket-Soljah black tee (even though I am not a Sol-jah, I believe in their effort).

Saturday, April 23, 2011

Waktu Sedap

Aaahhh..Nyamannya udara pagi.

Antara beberapa detik yang sedap dalam hidup ialah 2 saat sebelum buang air besar dan 5 minit sebelum terlelap. Sebenarnya ada beberapa detik lagi yang sedap tapi biarlah ianya rahsia.

Tak perlulah saya cerita apa sedapnya 2 saat sebelum buang air besar kan?

5 minit sebelum tidur pula sangat lah syok sebab waktu itu biasanya waktu kita termenung dan pejam celik berangan.

Kaum awek berangan ada rumah 3 tingkat 5 unit, kitchen cabinet dari "Signature", suami mat saleh (tak kira lah handsome ke tak, janji mat saleh dengan harapan anak dia jadi comel pan-asian), pakai seluar saiz 26 bra 36C dan pandai buat kek.

Kaum pakwe pula berangan nak cintan dengan Rozita Che'Wan, duit banyak sangat sampaikan kad kredit yang masih laku dibuat bukak pintu yang terkunci dan yang angan-angan yang paling popular, "jadi 7 inci".

Apa yang anak umur 11 bulan saya sering menungkan 5 minit sebelum dia tidur masih menjadi misteri bagi saya sampai lah sekarang.

Thursday, April 21, 2011

Wisma Central?

Saya ke KLCC tengahari tadi. Masuk kedai keluar kedai. Saya rasa dah 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang masuk kedai keluar kedai di KLCC ini tapi saya tak pernah puas. Lagipun KLCC ada tingkat "concourse". Empire State Building ada level "concourse"?

Kedai yang paling saya gemari di KLCC ialah Best Denki. Layan peti ais dan mesin basuh "front loading" jenama Electrolux besar gedabak. Juga layan TV plasma "berapa inci punya skrin ntah aaa" Panasonic harga RM220,000 memang mengujakan.

Saya rasa kualiti plasma TV tu lebih kurang TV 30 inchi saya aje. Bezanya, orang dalam TV besar sama besar dengan saya yang tengah melopong depan TV tu. Tak banyak beza sangatlah.

Kedai nombor dua paling saya gemari ialah kedai "Machines" jual barang Apple Computers. Bukan apa, bila saya tengok barangan Apple ni, saya jadi geram macam nak hempas-hempas produk dia.

Kedai yang saya tak suka ada beberapa biji lah. Tapi tak elok lah saya kutuk kedai2 tu. Rasa berdosa pulak.

KLCC ialah ikon Malaya yang tiada tolok bandingnya. Tapi bila tiba time lunch saya ke Wisma Central untuk makan. Murah banyak.

Tuesday, April 19, 2011

Dapur

Sebagai seorang lelaki, saya sangat meminati lepak depan TV tengok aksi sukan. Bolasepak, golf, basketball, bolatampar, lumba kereta, lumba kuda, lumba lari dan lumba kaki.

Sebagai seorang wanita, isteri saya sangat suka lepak dapur sambil masak kek. Tapi dapur kami tak berapa best nak lepak kerana dapur kami buruk dan barangan elektrik yang tak berapa nak cukup. Jadi kami dalam proses untuk menaik taraf dapur ke taraf "3 star".

Bila dah siap nanti, dapur jadi makin luas, tak bersepah sangat dan cukup barangan nak buat kek kawin. Mungkinkah saya akan mula meminati lepak dapur? Isteri saya ada cadangan nak letak TV kat dapur juga.

Yesss!!!

Friday, April 15, 2011

Seni Atau Kayu?

Pernah ke Bali? Saya belum lagi tapi buat apa nak kesana kalau dari google earth + google images + photoshop sahaja kita boleh buat diri kita seolah-olah berada di Bali. Duit tu boleh buat simpan beli mesin basuh 12kg front loading Electrolux.

Hasil ukiran kayu di Bali memang antara yang terbaik di Indonesia mungkin di Asia Tenggara dan mungkin juga di dunia atau mungkin juga di cakrawala.

Sebenarnya bukan kayu itu yg seni. Kayu tu memang tetap kayu. Yang seninya ialah tukang ukir itu.

Hello! saya kepada semua tukang kayu Bali yang hebat dan mungkin terhebat di cakrawala!

Wednesday, April 13, 2011

Gigi Bayi

Saya tak pasti kalau gigi bayi yang mula-mula tumbuh ialah gigi kapak gusi bawah. 2 minggu lepas anak saya demam. Rupanya nak tumbuh gigi. Mungkin ada sesuatu yang berlaku didalam otak untuk menyediakan diri anak saya untuk ada gigi justeru dia jadi demam.

Bila kita mahu mula belajar mengunyah, kita tak perlukan semua jenis gigi lagi. Cukuplah gigi kapak. Pada masa yang sama juga, otak perlu ada perubahan yang menyakitkan sebelum badan bersedia dengan perubahan ini. Bila otak dah faham serta badan sudah sedia, barulah gigi taring dan geraham muncul dan kita boleh order "blackpepper steak".

Sama seperti kehidupan juga. Kita perlu harus bertatih dahulu sebelum boleh berlari.

Ada orang ingat dia boleh terus lari macam Husain Bolt. Jangan kawan dengan orang macam ini. Dia tidak akan faham masalah orang lain.

Friday, April 08, 2011

Naik Bas

Waktu saya masih bersekolah rendah, saya naik bas awam ke sekolah yang terletak di Bukit Nanas.

Jangan tanya saya kenapa ejaan "nanas" itu kelihatan salah.

Mungkin bukit itu kepunyaan seseorang bernama "nanas".

Atau mungkin bukit itu mencerminkan bentuk tubuh badan wanita bernama "nanas".

Atau mungkin juga "nanas" itu seorang lelaki yang berperut besar atau seorang lelaki yang berbentuk badankan seperti seorang wanita? Kalau betul lah, sapalah agaknya yang nak berkawan dengan lelaki yang bernama "nanas" dan berbentuk badan seperti seorang wanita? Kalau dia suka melepak dan layan lagu-lagu rock, saya kawan kut. Cuma jangan dia pakai gincu dah lah.

Atau orang yang kasi nama bukit tu memang salah eja buah nenas. Bengap dan bodoh sombong. Sebab nak kasi orang tu pandai eja, sekolah saya pun dibina disitu. Mungkin lah.

Bas awam dahulu memang tiada keselamatan langsung kerana ada penumpang yang bergayut di pintu bas. Tapi jarang pula saya dengar orang tu tergolek dari bas.

Sekarang, ada orang boleh tiba-tiba tergolek atas lantai jatuh dari atas bangunan.

Monday, April 04, 2011

This is Malaysia And The Year Is 2041

It has been 32 years since Imran Hosein predicted that the new ruling power of the world changed from America to Israel. He said that whatever the Jews did to the Palestinians a long time ago was just the tip of the iceberg and that we should wait until the Jews ruled the world to know what hell on earth is like. He added that the Jews are kings of deception and they did deceived us all.

Whatever Imran said, it was true.

The moment the Jews seized power in the year 2015, gradually every government in the world became a puppet with strings leading to the Knesset. Remnants of the old United Nations that failed back in the year 2014 is never there to be seen. It is the time of the "New World Order".

An order where the world is one. There is no more economically and socially diverse country. It is globalization in its fiercest mode. They say that globalization helps the poor to market their product to the world. Its a lie. They say that globalization reduces the income gap between the third world nation and the superpowers, again it's a lie.

It is terribly easy to lose faith in religion nowadays. The moment you deny the need to socialize with a bottle of beer in your hand, you never go up the ladder. Women who dresses like a muslim will remain beneath the corporate ladder and rot like rats there.

I see people from the village come to the city to work by the thousands, to find money and wealth. Yes, the mega city of now is where wealth can be made but one must not have a pinch of faith in God. Usury is kosher and halal. Vice and "fitnah" is everywhere and it is there in the name of entertainment. Entertainment that is required for globalization. That is the biggest lie.

Laws and constitution are now sculptured to deliver independence right to our doorstep and that is why it is now a crime to call for azan on the loud speakers because it infringes on the privacy of other faiths.

Welcome to the future. Be prepared because it is hell for muslims.


****************


Everything above is fictional but it may become true. May Allah save our children.