Wednesday, April 13, 2011

Gigi Bayi

Saya tak pasti kalau gigi bayi yang mula-mula tumbuh ialah gigi kapak gusi bawah. 2 minggu lepas anak saya demam. Rupanya nak tumbuh gigi. Mungkin ada sesuatu yang berlaku didalam otak untuk menyediakan diri anak saya untuk ada gigi justeru dia jadi demam.

Bila kita mahu mula belajar mengunyah, kita tak perlukan semua jenis gigi lagi. Cukuplah gigi kapak. Pada masa yang sama juga, otak perlu ada perubahan yang menyakitkan sebelum badan bersedia dengan perubahan ini. Bila otak dah faham serta badan sudah sedia, barulah gigi taring dan geraham muncul dan kita boleh order "blackpepper steak".

Sama seperti kehidupan juga. Kita perlu harus bertatih dahulu sebelum boleh berlari.

Ada orang ingat dia boleh terus lari macam Husain Bolt. Jangan kawan dengan orang macam ini. Dia tidak akan faham masalah orang lain.

No comments:

Post a Comment