Tuesday, April 19, 2011

Dapur

Sebagai seorang lelaki, saya sangat meminati lepak depan TV tengok aksi sukan. Bolasepak, golf, basketball, bolatampar, lumba kereta, lumba kuda, lumba lari dan lumba kaki.

Sebagai seorang wanita, isteri saya sangat suka lepak dapur sambil masak kek. Tapi dapur kami tak berapa best nak lepak kerana dapur kami buruk dan barangan elektrik yang tak berapa nak cukup. Jadi kami dalam proses untuk menaik taraf dapur ke taraf "3 star".

Bila dah siap nanti, dapur jadi makin luas, tak bersepah sangat dan cukup barangan nak buat kek kawin. Mungkinkah saya akan mula meminati lepak dapur? Isteri saya ada cadangan nak letak TV kat dapur juga.

Yesss!!!

No comments:

Post a Comment