Friday, April 29, 2011

Burger Rokes*, Bumiputera Rokes

Saya sering keliru dengan ejaan "bumiputera". Adakah ejaan yang tadi itu betul atau yang ini ---> "bumiputra". Perkataan itu penting kerana tanpa hak-hak nya, melayu mungkin makan pasir kasar yang buat simen itu sekarang tapi ejaan nya pula tak konsisten. Macamana tu?

Tiba-tiba saya teringat pada kumpulan Bumiputra Rockers (tengok ejaan nama kumpulan ini) dan video clip band saya jamm lagu dari kumpulan ini. Saya tau tajuk lagu sebenarnya "Dari Sinar Mata" tapi pengedit muzik video kami memang haprak. Buat kerja free, haprak lah. Cer kita bayor, cer kita bayor.

Nanti Battle Of The Band, saya nak cadangkan band saya main lagu ini. Takkan nak main lagu "Negaraku" kut? Nanti orang kata saya tak patriotik dan mempermainkan lagu negara pula walhal kalau saya nampak sesapa tak berdiri waktu lagu "Negaraku" dimana-mana acara saya pasti ketap gigi dan jeling tajam pada kutu itu.



* Burger Rokes ialah hakcipta terpelihara pipiyapong dan saya tujukan lagu ini kepada semua peminat-peminat Burger Rokes.

1 comment: