Friday, April 08, 2011

Naik Bas

Waktu saya masih bersekolah rendah, saya naik bas awam ke sekolah yang terletak di Bukit Nanas.

Jangan tanya saya kenapa ejaan "nanas" itu kelihatan salah.

Mungkin bukit itu kepunyaan seseorang bernama "nanas".

Atau mungkin bukit itu mencerminkan bentuk tubuh badan wanita bernama "nanas".

Atau mungkin juga "nanas" itu seorang lelaki yang berperut besar atau seorang lelaki yang berbentuk badankan seperti seorang wanita? Kalau betul lah, sapalah agaknya yang nak berkawan dengan lelaki yang bernama "nanas" dan berbentuk badan seperti seorang wanita? Kalau dia suka melepak dan layan lagu-lagu rock, saya kawan kut. Cuma jangan dia pakai gincu dah lah.

Atau orang yang kasi nama bukit tu memang salah eja buah nenas. Bengap dan bodoh sombong. Sebab nak kasi orang tu pandai eja, sekolah saya pun dibina disitu. Mungkin lah.

Bas awam dahulu memang tiada keselamatan langsung kerana ada penumpang yang bergayut di pintu bas. Tapi jarang pula saya dengar orang tu tergolek dari bas.

Sekarang, ada orang boleh tiba-tiba tergolek atas lantai jatuh dari atas bangunan.

4 comments:

  1. we have gone a loooonnggg way. i guess.

    ReplyDelete
  2. Alamak, cepat nya respond. Tak pergi shopping tengahari jumaat ke?

    ReplyDelete
  3. bukan buah nanas memang eja dia 'nanas' ker..

    ReplyDelete
  4. Sama kes macam Bumiputera dan Bumiputra lah ni. Adoi.

    ReplyDelete