Monday, May 30, 2011

Art or Fart?

Sebelum ini saya hanya menilai kecantikan sesuatu lukisan itu dari sudut mata kasar. Saya tidak pernah faham seni sebenar lukisan sehinggalah saya terdengar satu sessi penerangan tentang gambar dibawah didalam "National Museum Of Art, London".

Seorang guru menceritakan tentang gambar dibawah kepada sekumpulan pelajar sekolah rendah di dalam muzium ini.

"An Experiment On A Bird In An Airpump" lukisan Joseph Wright of Derby pada tahun 1768 menceritakan tentang perbezaan pendapat masyarakat Britain pada masa revolusi perindustrian ketika itu.


A) Seorang kanak-kanak lelaki sangat fokus untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada burung didalam eksperimen itu.

B) Seorang kanak-kanak perempuan menangis kerana sedih dan takut burung itu akan mati.

C) Sepasang kekasih tak kesah pun tentang revolusi perindustrian dan sebok bercinta dan memandang satu sama lain.

D) Seorang pakcik termenung memikirkan masa depan Britain selepas revolusi perindustrian ini (Gereja dan saintis bermusuhan pada ketika ini).

E) Seorang budak sedang menutup tirai kerana takut pihak gereja akan mengetahui eksperimen yang sedang mereka lakukan demi sains. Perjumpaan para saintis adalah secara rahsia ketika itu dan sering dilakukan pada malam hari (bulan diluar tingkap).

F) Saintis ini merenung kepada orang yang memerhatikan gambar ini dengan penuh persoalan; haruskan eksperimen ini diteruskan atau pun tidak.

Harus saya ulang, penerangan ini diberikan secara interaktif dan lebih kepada sessi soal-jawap dengan sekumpulan kanak kanak bawah 12 tahun.

Di Malaysia budak 12 tahun ada belajar tentang seni macam ini?

Tan, Tin, Tun

Nak dipendekkan cerita yang panjang, sistem kewangan dunia sekarang ialah "King of Riba, 100% haram" dan sedang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi kaum-kaum tertentu.

Macamana nak mengalahkan sistem yang haram ini? Soalan yang perlu ada dalam kepala otak seseorang yang mengaku dirinya islam.

Jawapan: Gunakan sistem kewangan yang ada "intrinsic value" seperti emas atau perak.

Bekas perdana menteri kita, Tun Dr.M pernah berani menyuarakan hasrat penggunaan "Dinar Emas" untuk menggantikan USD dalam urusan perdagangan antarabangsa tetapi nampak macam gagal. Video Syeikh Imran Hossein ini ada jawapan kenapa usaha Tun ini mungkin gagal.

Maaf, video takde sub-title. Macamana nak majukan agama dan bangsa kalau Bahasa Inggeris pun anda terkial-kial?



Tun, semoga anda sehat sejahtera.

Saturday, May 28, 2011

RM1.00 = USD3,565,341,698,608.65 Sebenarnya

Dalam tahun 1944, satu pertubuhan persendirian yang diberi nama International Monetary Foundation telah menjemput semua negara di dunia untuk menandatangani satu perjanjian yang diberi nama "The Bretton Wood Agreement".

Apakah perjanjian ini?

1) Untuk pertukaran matawang antarabangsa (seterusnya perdagangan antarabangsa), hanya cheque US Dollar sahaja yang laku untuk diniagakan. Amerika berjanji akan menukarkan duit USD miliknya dengan emas pada kadar 1ounce emas - 35 USD pada ketika itu. Oleh itu jika Malaya ada USD35 dan ingin menukarnya dengan emas, kerajaan Amerika akan memberi Malaya 1ounce emas.

2) Hanya negara sahaja yang boleh menukarkan cheque USD ini. Orang perseorangan tidak dibenarkan.

Dengan termeterainya perjanjian ini, perdagangan antarabangsa akan lebih mudah dan stabil dari aspek perbezaan matawang. Itu agendanya.

Tahukah anda bahawa dengan adanya perjanjian ini kuasa baru dunia kini beralih dari British kepada Amerika dan mereka menguasai dunia tanpa perlu menjajah lagi?

Setelah perjanjian ini ditandatangani, banyak negara telah di"merdeka"kan. Tanpa mereka sedari, mereka kini dijajah secara ekonomi. Termasuklah Malaya pada 1957. Ada rasa nak melalak "Merdeka!" lagi ke adik-adik?

Perdagangan antarabangsa kemudian makin berkembang dan matawang US digunakan berleluasa.

Pada suatu pagi yang dingin, burung berkicau riang di bulan ogos-september tahun 1971, kerajaan Britain yang ketika itu memiliki 3 billion USD, ingin menukarnya kembali kepada emas. Presiden Amerika ketika itu Richard Nixon, jatuh terkangkang dengan BigMac ditangan kiri dan Burger Rokes ditangan kanan.

Presiden Nixon tahu sangat bahawa Amerika tiada cukup emas dan sebenarnya telah mencetak lebih banyak wang US dari bekalan simpanan emasnya. Adik-adik ingat dia jatuh terkangkang sebab Burger Rokes sedap sangat ke?

Presiden Nixon telah membatalkan penyertaan Amerika dari perjanjian Bretton Wood serta merta dan tidak mahu menukarkan 3 Billion USD milik Britain kepada emas.

Sekarang, Amerika masih mencetak wang ikut suka hati mak bapak mereka dan wang ini masih diniagakan di pasaran antarabangsa untuk perdagangan.

Kalau Amerika ada minyak dalam tanah mereka sendiri, mereka lebih rela beli minyak Arab Saudi kerana minyak Arab Saudi itu percuma. Kosnya hanya mencetak wang USD sahaja. Untung kan?

Kalau adik-adik ada kad kredit Visa atau Mastercard, adik-adik bayar "interest" duit Mastercard (USD) yang sebenarnya hanya dicetak secara percuma oleh Amerika. Mereka ambil keuntungan interest dari duit yang sebenarnya tiada.

Itulah dia serba sedikit cerita tentang pasaran matawang antarabangsa dalam satu entri blog.

Friday, May 27, 2011

Kalau Ngak Cukup Ilmu Didada

Sekitar hujung 2009 saya telah menjejakkan kaki dikepulauan Riau khususnya di Pulau Batam. Pulau ni ramai penduduknya asal dari Padang, Sumatera. Malah bahasa percakapan mereka pun ada iras2 orang Negeri Sembilan.

Batam ialah pulau industri bagi kepulauan Riau. Banyak dermaga repair kapal dan dermaga kimpal besi untuk membikin pelantar minyak terdapat di Batam.

Sepanjang perjalanan dari tempat tinggal ke dermaga-dermaga ini, saya nampak banyak kedai ketuk body kereta kemek dengan kain rentang "Ketuk Majik".

"Wow, kayanya tokei kedai ketuk majik ni. Banyak kedai dia." Detus hati saya sambil layan lagu dangdut yang berkumandang dalam teksi.

"Siapa pengusaha kedai ketuk majik ni pak? Pasti kaya ya pak. Maklum, saya lihat banyak kedainya di tepi jalan." Saya tanya brader teksi yang tengah sebok layan bunyi tayar teksinya bergesel dengan body teksi bila terlanggar lubang.

"Oh.. ketuk majik itu bukan nama kedai pak. Memangnya kedai ini untuk mengetuk badan kereta yang kemek menggunakan kuasa majik. Kereta yang kemek akan dimasukan kedalam bilik gelap yang tiada orang, kemudian akan kedengaran orang mengetuk kemek itu didalam bilik tersebut." Jawap brader teksi.

Saya jadi kaget. Siapa pulak yang ketuk body kereta tu?

Wednesday, May 25, 2011

Bikin Filem Bangang

Nak bikin filem ni saya rasa takdelah susah sangat. Kalau setakat standard filem Malaysia, sempoi aje.

Citarasa orang melayu senang untuk dipuaskan. Ada hero kacak dan pandai buat lawak, heroine cantik dan pandai nangis, ada cerita cinta sedetik lebih dan kesudahan yang gembira, wayang tu pasti meletop.

Tapi kalau Dato Yusof Haslam kata anak lelaki umur 18 tahun dia akan bikin filem, saya rasa itu dah melampau.

Monday, May 23, 2011

Opah

Ibu kepada ibu saya berumur lingkungan 80an. Beliau seorang yg tabah. Anak sulong, macam tu lah. Beliau berasal dari Ketior, Perak. Mengahwini arwah datok saya ketika beliau berusia 15tahun.

Sebagai anak sulong walaupun beliau garang tetapi beliau sangat mengambil berat akan mereka2 yang dibawah tanggungannya. Saya masih ingat ketika saya kecil hinggalah ke saat beliau mula mengidap "alzheimer", beliau akan sentiasa meminta kami makan sebelum pulang ke Kuala Lumpur walaupun kami baru makan.

Boot kereta pula akan sarat dengan buah kelapa, buah-buahan dan makanan yang beliau paksa kami bawa balik.

Kehidupan beliau amat sederhana. Kampung saya tiada bekalan letrik dan air dari kerajaan hinggalah pertengahan tahun 80an. Tapi dia steady.

Nama opah saya ialah Maimunah Safiah Binti Harun dan telah kembali ke rahmatullah jam 11.45pm di rumah ibu saya semalam setelah hampir 4 tahun menderita sakit tua.


Semoga beliau dicucuri rahmat oleh Allah Taala.

Sunday, May 22, 2011

Anak Saya Komunis?

Anak saya suka sangat layan lagu iklan di TV. Paling dia suka ialah lagu intro Buletin Utama. Melompat-lompat dia joget. Bila lagu tu abis, dia blah.

Dia belum tahu bahawa waktu jam 8malam di dalam TV adalah waktu paling mahal harga siarannya. Bagi dia mungkin semuanya sama. Nanti dia besar, saya harap dia faham konsep "price discrimination".

Tapi ada orang yang tak faham dengan konsep ini. Dia kata semua masa siaran sepatutnya harga sama. Bagi saya kalau semua waktu siaran di TV harga sama, itu komunis namanya.

Thursday, May 19, 2011

Harga Burger Daging Standard

Mari kita kaji kenyataan saudara Firdaus Abdillah Hamzah bahawa beliau berhasrat untuk menaikkan harga burger jualannya lagi 30sen. Harus diingat, kita bincang pasal burger daging standard saja dulu. Hotdog dan Burger Rokes tolong ketepi.

Semua orang tahu:
Harga barang = kos tetap + kos berubah-ubah + untung.

Saya rasa kos tetap seperti roti bun, burger daging, sayuran dan sos dalam RM1.00 untuk seketol burger manakala kos berubah-ubah mungkin dalam RM0.20 seketol burger. Selebihnya ialah untung beliau.

Unjuran diatas adalah anggaran saya sahaja.

Saya pasti, adik Firdaus tidak masukkan kos minyak petrol, kos gudang garam, kos karaoke, kos beli katil askar, kos sewa tapak burger/rumah serta kos makan-minum untuk beliau terus menjual burger.

Kos melepas pun dah tentu lah dia tak masukkan. Melepas yang dimaksudkan disini bukan kentut ye adik-adik.

Sepatutnya harga burger daging standard adik Firdaus Abdillah Hamzah ialah RM452.25 seketol. Barulah "kah kah kah" beliau akan bertahan lama.

Wednesday, May 18, 2011

Bangkai

Saya pernah naik MRT di Singapura. Saya dapat tempat duduk selepas seperti biasa berusaha keras siku orang lain.

Sedang saya sebok buat muka berlagak kerana dapat tempat duduk, tiba2 naik seorang minah yang agak gempal dan berdiri pegang railing depan saya.

Umur dia mungkin dalam 20an lah. Saya rasa dia kuat minum arak sebab perut dia buncit kedepan macam bunting 6 bulan. Saya amat pasti dia bukan bunting sebab pusatnya tak membujal dan mukanya takde seri awek bunting malah sebu aje muka dia. Tindik pun banyak. Pendek kata, "horrific".

Yang menarik perhatian saya bukanlah perutnya yang buncit itu tetapi pakaian dibadannya. Jeans paddle-pusher ketat low-cut, baju pun ketat, body-hugging dan nampak pusat. "Bangkai..", detik hati saya.

Saya jadi tak lalu nak mengadap perut buncit minah itu lalu terus berdiri sambil tersenyum memberinya duduk. Dia tak balas senyum saya pun. "Bangkai..", detik hati saya lagi.

Kalau nak berfesyen pun adik-adik, ukurlah baju dibadan sendiri. Jangan jadi bangkai.

Monday, May 16, 2011

Penyu Yang Selamba Kodok

Penyu ialah sejenis haiwan yang unik kerana ia tak kesah kalau ada seribu orang tengok dia bertelor tepi pantai, sejuta orang atau pun takde orang langsung. Orang nak ambil telor waktu ia sedang ikhlas bertelor pun boleh. Telor dia berlambak.

Penyu akan selamba kodok mengesot di pantai, gali lubang dengan kaki/kepak (ntah apa nak kita panggil anggota badan penyu tu), nangis skit, bertelor, kambus lubang dan chow dari situ. Bukannya penyu tu kesah nak mengesot selaju yang mungkin untuk blah dari tempat kejadian malah ia akan tetap mengesot pada kadar 10 kaki seminit.

Didalam semua kekecohan ini, tahun depan penyu tu akan datang bertelor lagi. Awak tunggu lah. Selamba kodok aje penyu tu mari nanti.


Awak tengok gambar kat atas ni. Ada binatang lain yang walaupun kena ragging macam ni tetapi tetap selamba kodok? Ada?

Saya kesal dengan perangai penyu kerana ia biarkan orang ganggu kehidupannya tanpa ia memberikan tindak-balas reaktif. Come on penyu, takkan selamanya nak selamba kodok kena ragging? Fight lah skit.

Anak, kau jangan ikut resmi penyu okay?

Thursday, May 12, 2011

Tee-shirt

Kadang2 saya rasa nak marah pada biras saya pun ada. Suka beli tee-shirt yang bukan2.

Ada satu tee tu, logo macam "M" McDonald tapi tulisan "marijuana". Kalau dia yang pakai tee tu takpelah juga. Ini, dia tinggalkan kat rumah saya dan ibu mertua saya yang pakai.

Kalau ibu mertua saya pakai buat dok rumah takpelah juga. Ini, dia pakai masa saya bawa pergi makan kat restoran. Orang semua pandang serong pada saya.

Saya tau biras saya bukan penghisap marijuana sebab mata dia tak pernah merah, sepet tak tentu pasal dan tiba2 nak makan nasi pukul 2 pagi.

Wednesday, May 11, 2011

Riang Yang Saya Suka

Riangnya seorang kanak-kanak adalah seperti riang burung berkicauan dipagi hari. Ikhlas. Saya suka. Riang orang tua jarang yang ikhlas. Selalunya riang mereka riang berlagak, riang nak bodek atau riang nak minta pelempang. Cuma riang isteri saya saja yang sentiasa ikhlas.

Riang yang ikhlas ialah riang semulajadi yang tidak mengharapkan apa apa pulangan dari sesiapa pun. Riang kerana kita benar-benar gembira dan riang ini akan meriangkan orang lain pula.

Saya dah jarang dapat riang yang ikhlas. Riang pun jarang-jarang sebenarnya. Mungkin bila umur makin meningkat, hormon riang makin kurang. Hormon pening pula yang banyak.

Saya nak nasihatkan jangan hisap atau makan ubat yang bukan-bukan hanya untuk dapat keriangan sementara. Dadah ialah najis (walaupun sebenarnya ia bukan betol2 najis. Ada orang hisap najis ke?).

Juga jangan kawan dengan negro yang makin bersepah kat KL ini. Mereka bukan artist hollywood dan mereka tidak menjanjikan keriangan malah hanya kepedihan, tohmahan dan lubang yang rabak.

Monday, May 09, 2011

Oh Shit...

Semalam hari ibu, hari ini hari isnin. Kehidupan harus diteruskan juga walaupun perit nak bangun pagi.

Saya pening tatkala jalan-jalan dipasar malam dan singgah digerai jual baju budak-budak. 6 bulan lepas, kedai jual baju budak ialah musuh utama saya. Sekarang pun ia masih lagi.

Kembali kepada pening saya. Gerai baju budak penuh dengan baju Ben10. Apa kes ni?


Percayalah bahawa kesemua adiwira yang dicipta oleh barat ialah untuk memesongkan akidah anak-anak kita. Mana ada manusia biasa dengan kuasa-kuasa ajaib yang boleh melawan kehendak alam? Jam tangan yang ada kuasa meletop-letop?

Jam tangan yang power ialah Rolex sahaja. Jam ialah penjaga masa dan masa itu emas. Hmmm... Rolex itu pun kalau dibiarkan duduk dalam kotak lama-lama, jarum jam mampus tak jalan kerana ia "Automatic Chronograph". Tak dak pakai bateri. Selagi ada pergerakan tangan, jam ini akan terus berdetik dengan ketepatan yang sangat hebat. Jepun yang power buat engine kereta tu pun tak boleh nak tiru. Jam idaman saya tu.

Anyway, no matter how contemporary one can be, I loath those ideas that these masonic DC and Marvel Comics evil are trying to sell to our future. Wey, ini bukan perkara remeh macam "poco-poco". Ini masalah serius.

"Karam Singh!".

And oh before I forget, congratulations MU scums. Thanks for the shitty smell all over the soccer world for yet another season.

Dotslash.

Sunday, May 08, 2011

The Most Beautiful Girl In The Universe - 2011

Again, I am temporarily washing the clown off my face. The emotions that has been gushing through me all day has turned this clown into a regular guy reminiscent of his youth. Back to the time when everything was someone else problems and the world was my oyster.

"Mak" has always been a pillar of strength in our family. "Abah" passed away at a time when half of us was still in school and me, at my most rebellious. It was tough for her indeed but she held her shoulders up high and plowed our way through thick and thin. Mostly thick when it comes to me.

For the next few years after abah's death, she would regularly cry in silent before sleep. She never slept in the master bedroom again and moved all her stuffs downstairs to the small room next to our kitchen, till now. Here she spend most of her time, praying, resting and contemplating tomorrows challenges that she had to face alone. She stood tall amidst the issues that she had to juggle.

Being an ordinary poor kampung girl back in the 50's, she never had the opportunity to study past standard 6. This magnified the hardship after abah's death since her limited educational knowledge rendered her feeling inferior when dealing with earthly matters. She had to ensure that food and bills were settled from the meagre penchant arwah left us. She also had to make sure that all of us excel in school despite her educational handicap.

All these were invisible to me then. I never appreciated the fact that she was only acting tough to hide her true emotions from us for our own benefit. If she were to crumble like domino's back then, I can never imagine my life now. Nothing can repay what she did for us. Not a night dinner in a 5star hotel nor not dinner in a 1000star hotel, every night for a thousand years.

I am a lot older now but I still wet my eyes sometime thinking that she too will leave us one day. I sincerely hope that it will not be so soon.


I love you very much and congratulations for being "Ibu Mithali Taman Sri Watan, Ampang 2011". Selamat Hari Ibu.

Friday, May 06, 2011

Hospital Kita, Budaya Kita.

Saya percaya bila menulis kita perlu ada jiwa menulis. Saya tak ada jiwa menulis tapi saya suka menulis. Lagi pun jiwa saya ada dalam tas tangan isteri saya.

Kalau anda ada singgah di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini, anda tentu setuju bahawa terdapat banyak benda yang harus diperbaiki disana. Sistem letak kereta, bangunan dan naik taraf wad-wad. HKL perlu ada imej baru. Mat saleh panggil "re-branding" dan menukar nama HKL kepada "1Malaysia Wellness Center".

Yang harus diturun-taraf di HKL sekarang ialah jururawatnya. Semakin ramai yang cantik-cantik. Bahaya betol.

Perkara pertama yang saya akan ubah ialah dengan menutup wad Di Raja dan menjadikannya wad orang kebanyakkan.

Ada ke lagi Raja atau kerabat di Raja datang berubat di HKL dalam keadaannya yang daif sebegitu?

No disrespect intended. I am just keeping it real. R.E.S.P.E.C.T.

Thursday, May 05, 2011

Poligami Bukanlah Musuh Utama Kaum Wanita

Adik ipar saya telah kehilangan isteri beliau akibat barah buah dada petang Selasa lepas. Al-Fatihah kepada arwah.

Ida ialah seorang yang baik dan pendiam. Kalau ada majlis kenduri dirumah sedara-mara, ida jarang duduk goyang kaki. Pasti ada kerja yang beliau akan buat. Paling tidak pun basuh pinggan.

Ida, baru sedar beliau mengidap barah ini tak sampai setahun walhal dia sering jumpa doktor. Tahu-tahu barahnya dah "stage 3". Gambar hari raya tahun lepas dibawah ketika arwah baru tahu dia mengidap barah ini.


Breast cancer is dangerous. Identifying it early can save your life.

Tuesday, May 03, 2011

Terror

Saya suka perkataan yang bunyinya sahaja sudah menjelaskan maksud, contohnya perkataan "Terror". Bunyinya ganas, lasak, adventurous, WWE dan meletop. Banyak lagi contoh perkataan yang macam ini, tapi kerana ada anak saudara saya dalam "list of followers" blog saya, cukuplah satu contoh sahaja. Faham kan?

U.S.A kata "King of Terror" ialah Allahyarham Osama Bin Laden. Saya pun tak berapa kenal mamat nama Osama ini tapi setahu saya keluarga beliaulah yang dapat kontrak untuk memastikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bersih dan suci. Dengar cerita setiap kali keluar tender, Bin Laden Group masuk tender itu dengan harga 1 Saudi Riyal sahaja (Dengan Perkataan: Satu Saudi Riyal Sahaja).

Masuk tender harga murah untuk memastikan diorang yang akan menang tender bukan kerana duit tetapi kerana betapa syoknya dapat menjaga kebersihan 2 tempat suci Islam ini. Dalam bahasa U.S.A nya ialah "the honour of keeping the two most sacred place on earth clean and tidy".

Tak kira lah U.S.A kata Osama ni "King of Terror" atau tidak tapi bagi saya, yang paling "terror" ialah bekas ahli kumpulan muzik Dream Theater, Mike Portnoy. Terror gila main drum!

Yang paling "terror" anda pula siapa?

Monday, May 02, 2011

Jamal Abdillah Dalam "Azura"

Seorang budak umur 10 tahun tinggal di flat tingkat 20. Setiap kali dia pulang berseorangan dalam lif, dia akan turun lif di tingkat 14 dan kemudian naik tangga ke tingkat 20. Kenapa?

Anak saya telah dibotakkan 2 minggu sudah. Isteri saya kata kalau lagi kerap bayi dibotakkan, lagi dia cerdik. Anak-anak Thailand botak sampai besar, tak reti-reti juga berbahasa inggeris. Apa cer?

Sejak botak, anak saya makin ganas bermain dan bila menjeling nampak gangster habis. Permainannya semua dicampak kesana, campak kesini. Anak saya macam Godzilla dalam cerita "Godzilla". Macam T-Rex dalam "Jurassic Park". Macam Jamal Abdillah naik motor dalam "Azura". Geram saya. Bila dah geram, saya pun "wrestling" dia secara gurau senda tapi kasar2 skit lah, terus dia nangis.

Cheh, gangster taik kucing!