Tuesday, May 03, 2011

Terror

Saya suka perkataan yang bunyinya sahaja sudah menjelaskan maksud, contohnya perkataan "Terror". Bunyinya ganas, lasak, adventurous, WWE dan meletop. Banyak lagi contoh perkataan yang macam ini, tapi kerana ada anak saudara saya dalam "list of followers" blog saya, cukuplah satu contoh sahaja. Faham kan?

U.S.A kata "King of Terror" ialah Allahyarham Osama Bin Laden. Saya pun tak berapa kenal mamat nama Osama ini tapi setahu saya keluarga beliaulah yang dapat kontrak untuk memastikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bersih dan suci. Dengar cerita setiap kali keluar tender, Bin Laden Group masuk tender itu dengan harga 1 Saudi Riyal sahaja (Dengan Perkataan: Satu Saudi Riyal Sahaja).

Masuk tender harga murah untuk memastikan diorang yang akan menang tender bukan kerana duit tetapi kerana betapa syoknya dapat menjaga kebersihan 2 tempat suci Islam ini. Dalam bahasa U.S.A nya ialah "the honour of keeping the two most sacred place on earth clean and tidy".

Tak kira lah U.S.A kata Osama ni "King of Terror" atau tidak tapi bagi saya, yang paling "terror" ialah bekas ahli kumpulan muzik Dream Theater, Mike Portnoy. Terror gila main drum!

Yang paling "terror" anda pula siapa?

3 comments:

  1. King Kenny kira terror gak....sebab dibawahnya sekarang Liverpool banyak gak menang :D

    ReplyDelete
  2. paling terror buat kecah, punggah punggah baju adalah adik Adam..

    ReplyDelete
  3. king kenny bukan dah kira terror tapi memang terror..hyypia je dah retired..hehe

    ReplyDelete