Kadang-kala pada hari Jumaat malam Sabtu lebih kurang jam 11malam, saya akan bermain futsal bersama rakan-rakan sebaya yang semuanya sudah lanjut umur. Rakan-rakan yang sama-sama semakin dimamah usia, ditarik graviti dan luntur warna rambut.
Salah seorang dari kawan saya yang kami panggil 'Din' mengidap darah tinggi. Kami pun tidak pernah tahu sehinggalah satu kejadian ngeri menimpa beliau setelah bermain futsal. Dimalam kejadian, saya tidak hadir kerana saya malas.
Ceritanya bermula begini...
Selepas 30 minit bermain futsal, Din terkena bola yang ditendang agak deras tepat dibahagian belakang kepalanya. Sejurus selepas terkena, pergerakannya mulai perlahan. Seorang rakan yang bernama Hisham mendapati Din tidak mengejar bola dikaki lawan malah akan sentiasa rapat dengannya walaupun mereka rakan sepasukan.
Usai berfutsal mereka minum di kedai mamak dan ketika dikedai mamak, Din tampak pening-pening dan bertutur perkara-perkara yang rakan-rakan lain tidak berapa faham.
Pada keesokkan paginya, isteri Din menalipon seorang rakan dan menanyakan kalau sekiranya Din ada terjatuh atau ditimpa kemalangan sewaktu berfutsal. Hairan, rakan saya menjawap tiada apa yang teruk kecuali kepalanya terkena bola futsal.
Rupa-rupanya Din sudah tidak mengenali isteri serta anak-anaknya. Walaupun Din cam rupa mereka tetapi Din gagal mengingat nama-nama mereka. Malah namanya sendiri pun dia tidak ingat.
Din dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan setelah diperiksa, otaknya mengalami pendarahan. Tekanan yang semakin tinggi didalam pembuluh darah yang sudah sedia ada tinggi akibat berfutsal, ditambah dengan hentaman bola ke kepalanya menyebabkan kapilari darah didalam otak Din pecah. Seperti perkakasan eletrik yang rosak apabila dimasuki air, sel-sel otak Din yang mengawal ingatan dan nama mula litar-pintas.
Bila Din menutup sebelah mata dia tidak dapat mengagak jarak barang dihadapan beliau dan semakin hari tahap penguasaan bahasa Din semakin berkurangan. Kini beliau hanya boleh bertutur dengan bahasa yang sangat minima dan banyak menggunakan isyarat tangan seperti seorang budak kecil.
Yang paling kronik, otak yang rosak teruk mungkin tidak lagi dapat mengawal pergerakan anggota badan yang penting seperti paru-paru dan jantung. Saya doakan agar Din kembali pulih.
Berhati-hatilah ketika berfutsal.
Friday, February 24, 2012
Monday, February 20, 2012
Februari
Februari sudah semakin hampir ke penghujungnya. Seperti Januari, Februari juga mempunyai nilai-nilai romantik yang sangat tebal.
Mungkinkah kerana hari 'valentine'?
Mungkinkah kerana 29 haribulan hanya ada setelah 3 tahun menghilang justeru menimbulkan faktor "rindu" yang sedikit aneh?
Saya tidak pernah merayakan hari 'valentine' bukan kerana saya tak mahu tetapi saya pun takde makwe sehinggalah saya dah matang. Bila dah matang, mana ada masa nak kasi-kasi bunga. Itu perbuatan yang sungguh 'lame'. Malah lelaki yang kalau dah mula kasi bunga ketika umur dah lanjut, mesti dianggap ada buat salah disisi isteri/makwe.
Kini, umum sudah tahu bahawa ada fatwa yang mengatakan merayakan hari 'valentine' tu haram. Jadi saya pun takdelah kasi bunga pada isteri di hari 'valentine'.
Cumanya, 14 Februari ialah tarikh saya pertama kali berdating dengan isteri saya. Oleh itu, saya akan bawa dia keluar berdating setiap kali 14 Februari tiba.
Through good and bad times.

Thursday, February 16, 2012
Kanak-kanak & TV
TV dizaman saya masih kanak-kanak hanya ada cerita kartun diwaktu petang hari kerja dan pagi/petang dihujung minggu sahaja. Kini, ia ada 24 jam sehari.
Anak saya yang juga merupakan diktator di rumah akan memastikan bahawa Astro saluran 613 terpancar dari TV waktu dia akan pejam mata untuk tidur dan tatkala matanya terbuka pagi-pagi untuk mintak susu, berak dan main.
Saya agak curiga tentang kesan yang akan timbul akibat terlalu banyak melayan kartun keatas minda kanak-kanak. Adakah ia membuatkan mereka bertambah kreatif, cerdik dan rajin? Atau adakah ini akan membuatkan anak-anak kita menjadi ahli politik?
Waktu kecil saya, cerita TV semua korok-korok. Mana ada CGI yang gempak. Paling gempak pun McGyver. Ceritanya lebih realistik dan tidak terlalu mengarut. Ini membuatkan saya membesar menjadi seorang yang praktikal, reflektif dengan apa yang disuapkan kepada minda saya waktu kecil.
Sekarang, cerita drama pun pakai CGI (baca: Nilapura, antara cerita melayu paling bongok saya pernah tengok. Itu pun 15 minit sahaja, sekali.)
Saya harap anak saya tidak membesar menjadi Ibrahim Ali akibat terlalu banyak kartun.
Membesarlah kau menjadi orang yang berguna wahai anakku.

Friday, February 10, 2012
A-Levels Saya Yang Hancur - Bahagian 2
Malam itu terasa amat panas. Tenaga haba dari matahari siang tadi yang terkumpul didalam tar jalanraya mula menjelma dari celah-celah batu konkrit laluan pejalan kaki. Semut hitam yang mendiami lubang-lubang kecil ditepi rekahan jalan masih belum sanggup pulang kerumah. Panas.
Diluar pondok jaga, orang ramai mula berkumpul. Tiada satu pun dari muka-muka mereka dikenali oleh pakcik Kamal, jaga asrama kami yang ditangannya tergenggam erat kayu cota. Walaupun hanya berbekalkan sebatang cota, sekali hayun mungkin boleh makan 4 kutu.
Pakcik Kamal jeling keluar tingkap pondoknya. Makin bertambah jumlah kutu tadi. Dia jeling jam dinding diatas pintu.
"8.30".
Lima belas minit kemudian Jawa turun dari asrama untuk membeli rokok yang sudah kekurangan. Malam nanti ada sesi main daun terup "400" panggilan geng Kelantan atau dipanggil terup "keling" oleh orang Terengganu. Tidak sempurna kalau ada sesi daun terup tanpa rokok.
"Hah, Jawa! Nak kemana ni?" Sergah pakcik Kamal.
"Nok beli makanang skek pokcik. Peghut kriuk kriuk lapor eh." Jawa menjawap tersengih.
Mendengar perkataan "Jawa" dari dalam pondok, kutu yang sudah mencecah seramai 30 orang mula mendekati pondok jaga.
"Bang, sini kejap!" Ketua kutu memanggil Jawa.
Jawa pada mulanya tampak sedikit gusar tetapi apabila pakcik Kamal memberi isyarat mata menunjukkan cota ditangan, Jawa kembali tenang.
"Ada amende ni bang?" Tanya Jawa.
"Mana budak2 yang kutuk kau diwarong tengahari tadi? Kami nak ajar dia sikit. Sedap mulut aje kutuk orang jawa!" Mata ketua kutu mula merah.
"Lerrrr....ada saloh fahang ni bang" Jawa bersuara mempertahankan kami yang sedang berseronok menjadi DJ radio haram dalam asrama.
(Tamat)

Wednesday, February 08, 2012
A-Levels Saya Yang Hancur
Sesudah mendapat keputusan SPM, saya dan rakan-rakan mat metal yang sealiran dari aspek pemahaman dan falsafah hidup meneruskan pengajian kami di MSM Cheras mengambil jurusan A-Levels. Konon-kononya mahu ke Great Britain untuk menjadi punk dan mat rock.
Apa-apa je lah...
Walaupun kami disediakan makanan didewan makan, tetapi kami makan di gerai luar perkarangan asrama kami. Bukan kerana makanan tidak sedap, tetapi kerana kami suka membazirkan duit. Tidak pernah kami baca didalam majalah Kerrang! yang mat rock makan didewan makan. Kalau anda pernah baca, sila scan dan email pada saya di pakkordi@yahoo.com.
Pada suatu tengahari yang terik, panas yang maksimum hinggakan cengkerik terbongkang dan hangus dibakar bahang matahari bergelimpangan ditepi-tepi denai, kami berjalan menuju ke gerai makan. Sambil jalan, saya kuis cengkerik2 mati tadi pakai kaki kearah makwe-makwe yang saing bersama kami lalu kami ketawa berdekah-dekah dan makwe2 tadi menjerit-jerit gatal.
Habis makan, kami bual-bual kosong di gerai sambil pekena rokok bukak. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kearah muka saya. Walaupun begitu saya masih mencuba untuk membuat kepulan asap rokok berbentuk huruf "O" menggunakan mulut. Saya gagal. Hembusan asap rokok yang seterusnya ialah menerusi hidung tanpa sekepul asap pun keluar melalui mulut. Saya tersenyum sendirian.
Diantara kami, ada seorang sahabat yang bernama Rashdan (bukan nama sebenar). Nama timangan beliau ialah 'Jawa'. Bukan kerana dia berdarah jawa (dia orang Terengganu). Rupa parasnya seiras dengan seorang guru berketurunan jawa di MRSM Kuantan tempat dia belajar. Yang menyerlahkan guru itu ialah namanya yang berbunyi sangat lah jawa. Saya tak pasti nama sebenar guru itu tapi lebih kurang "prasetroyo sembareno widudu". Macam itu lah skit-skit. Hatta, melekatlah nama sahabat saya itu sebagai 'Jawa'.
Dimeja belakang tempat kami bersidai sambil pekena rokok, ada sekumpulan pekerja buruh binaan sedang makan. Tanpa menghiraukan mereka, kami mengutuk-ngutuk kawan saya yang dipanggil jawa itu.
"Kau ni bodoh lah jawa. Dah lah datang Malaysia naik tongkang! Kah kah kah!"
Itulah antara kutukan-kutukan kami tengahari itu. Selesai mengutuk kami mengambil kata sepakat untuk terus balik ke asrama dan tidak pergi kelas petang kerana kami malas. Sebelum gerak dari gerai kami semua menjerit serentak, "Bang, masuk buku!"
Taukeh gerai menggangguk tanda setuju.
... (bersambung)

Subscribe to:
Posts (Atom)