Malam itu terasa amat panas. Tenaga haba dari matahari siang tadi yang terkumpul didalam tar jalanraya mula menjelma dari celah-celah batu konkrit laluan pejalan kaki. Semut hitam yang mendiami lubang-lubang kecil ditepi rekahan jalan masih belum sanggup pulang kerumah. Panas.
Diluar pondok jaga, orang ramai mula berkumpul. Tiada satu pun dari muka-muka mereka dikenali oleh pakcik Kamal, jaga asrama kami yang ditangannya tergenggam erat kayu cota. Walaupun hanya berbekalkan sebatang cota, sekali hayun mungkin boleh makan 4 kutu.
Pakcik Kamal jeling keluar tingkap pondoknya. Makin bertambah jumlah kutu tadi. Dia jeling jam dinding diatas pintu.
"8.30".
Lima belas minit kemudian Jawa turun dari asrama untuk membeli rokok yang sudah kekurangan. Malam nanti ada sesi main daun terup "400" panggilan geng Kelantan atau dipanggil terup "keling" oleh orang Terengganu. Tidak sempurna kalau ada sesi daun terup tanpa rokok.
"Hah, Jawa! Nak kemana ni?" Sergah pakcik Kamal.
"Nok beli makanang skek pokcik. Peghut kriuk kriuk lapor eh." Jawa menjawap tersengih.
Mendengar perkataan "Jawa" dari dalam pondok, kutu yang sudah mencecah seramai 30 orang mula mendekati pondok jaga.
"Bang, sini kejap!" Ketua kutu memanggil Jawa.
Jawa pada mulanya tampak sedikit gusar tetapi apabila pakcik Kamal memberi isyarat mata menunjukkan cota ditangan, Jawa kembali tenang.
"Ada amende ni bang?" Tanya Jawa.
"Mana budak2 yang kutuk kau diwarong tengahari tadi? Kami nak ajar dia sikit. Sedap mulut aje kutuk orang jawa!" Mata ketua kutu mula merah.
"Lerrrr....ada saloh fahang ni bang" Jawa bersuara mempertahankan kami yang sedang berseronok menjadi DJ radio haram dalam asrama.
(Tamat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eeeeeeeeeeeee tu la you all ni, sib baik tak kena blasah. Boys ni kan tersangat naughty kemungkinan tak cukup tgk kartun kat tv. Jika you all tengok Barney yang ungu itu saya pasti mungkin anda dan kawan2 anda akan lebih cemerlang dan sopan lagi semasa permulaan peringkat dewasa.
ReplyDelete