Sesudah mendapat keputusan SPM, saya dan rakan-rakan mat metal yang sealiran dari aspek pemahaman dan falsafah hidup meneruskan pengajian kami di MSM Cheras mengambil jurusan A-Levels. Konon-kononya mahu ke Great Britain untuk menjadi punk dan mat rock.
Apa-apa je lah...
Walaupun kami disediakan makanan didewan makan, tetapi kami makan di gerai luar perkarangan asrama kami. Bukan kerana makanan tidak sedap, tetapi kerana kami suka membazirkan duit. Tidak pernah kami baca didalam majalah Kerrang! yang mat rock makan didewan makan. Kalau anda pernah baca, sila scan dan email pada saya di pakkordi@yahoo.com.
Pada suatu tengahari yang terik, panas yang maksimum hinggakan cengkerik terbongkang dan hangus dibakar bahang matahari bergelimpangan ditepi-tepi denai, kami berjalan menuju ke gerai makan. Sambil jalan, saya kuis cengkerik2 mati tadi pakai kaki kearah makwe-makwe yang saing bersama kami lalu kami ketawa berdekah-dekah dan makwe2 tadi menjerit-jerit gatal.
Habis makan, kami bual-bual kosong di gerai sambil pekena rokok bukak. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kearah muka saya. Walaupun begitu saya masih mencuba untuk membuat kepulan asap rokok berbentuk huruf "O" menggunakan mulut. Saya gagal. Hembusan asap rokok yang seterusnya ialah menerusi hidung tanpa sekepul asap pun keluar melalui mulut. Saya tersenyum sendirian.
Diantara kami, ada seorang sahabat yang bernama Rashdan (bukan nama sebenar). Nama timangan beliau ialah 'Jawa'. Bukan kerana dia berdarah jawa (dia orang Terengganu). Rupa parasnya seiras dengan seorang guru berketurunan jawa di MRSM Kuantan tempat dia belajar. Yang menyerlahkan guru itu ialah namanya yang berbunyi sangat lah jawa. Saya tak pasti nama sebenar guru itu tapi lebih kurang "prasetroyo sembareno widudu". Macam itu lah skit-skit. Hatta, melekatlah nama sahabat saya itu sebagai 'Jawa'.
Dimeja belakang tempat kami bersidai sambil pekena rokok, ada sekumpulan pekerja buruh binaan sedang makan. Tanpa menghiraukan mereka, kami mengutuk-ngutuk kawan saya yang dipanggil jawa itu.
"Kau ni bodoh lah jawa. Dah lah datang Malaysia naik tongkang! Kah kah kah!"
Itulah antara kutukan-kutukan kami tengahari itu. Selesai mengutuk kami mengambil kata sepakat untuk terus balik ke asrama dan tidak pergi kelas petang kerana kami malas. Sebelum gerak dari gerai kami semua menjerit serentak, "Bang, masuk buku!"
Taukeh gerai menggangguk tanda setuju.
... (bersambung)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment