Kadang-kala pada hari Jumaat malam Sabtu lebih kurang jam 11malam, saya akan bermain futsal bersama rakan-rakan sebaya yang semuanya sudah lanjut umur. Rakan-rakan yang sama-sama semakin dimamah usia, ditarik graviti dan luntur warna rambut.
Salah seorang dari kawan saya yang kami panggil 'Din' mengidap darah tinggi. Kami pun tidak pernah tahu sehinggalah satu kejadian ngeri menimpa beliau setelah bermain futsal. Dimalam kejadian, saya tidak hadir kerana saya malas.
Ceritanya bermula begini...
Selepas 30 minit bermain futsal, Din terkena bola yang ditendang agak deras tepat dibahagian belakang kepalanya. Sejurus selepas terkena, pergerakannya mulai perlahan. Seorang rakan yang bernama Hisham mendapati Din tidak mengejar bola dikaki lawan malah akan sentiasa rapat dengannya walaupun mereka rakan sepasukan.
Usai berfutsal mereka minum di kedai mamak dan ketika dikedai mamak, Din tampak pening-pening dan bertutur perkara-perkara yang rakan-rakan lain tidak berapa faham.
Pada keesokkan paginya, isteri Din menalipon seorang rakan dan menanyakan kalau sekiranya Din ada terjatuh atau ditimpa kemalangan sewaktu berfutsal. Hairan, rakan saya menjawap tiada apa yang teruk kecuali kepalanya terkena bola futsal.
Rupa-rupanya Din sudah tidak mengenali isteri serta anak-anaknya. Walaupun Din cam rupa mereka tetapi Din gagal mengingat nama-nama mereka. Malah namanya sendiri pun dia tidak ingat.
Din dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan setelah diperiksa, otaknya mengalami pendarahan. Tekanan yang semakin tinggi didalam pembuluh darah yang sudah sedia ada tinggi akibat berfutsal, ditambah dengan hentaman bola ke kepalanya menyebabkan kapilari darah didalam otak Din pecah. Seperti perkakasan eletrik yang rosak apabila dimasuki air, sel-sel otak Din yang mengawal ingatan dan nama mula litar-pintas.
Bila Din menutup sebelah mata dia tidak dapat mengagak jarak barang dihadapan beliau dan semakin hari tahap penguasaan bahasa Din semakin berkurangan. Kini beliau hanya boleh bertutur dengan bahasa yang sangat minima dan banyak menggunakan isyarat tangan seperti seorang budak kecil.
Yang paling kronik, otak yang rosak teruk mungkin tidak lagi dapat mengawal pergerakan anggota badan yang penting seperti paru-paru dan jantung. Saya doakan agar Din kembali pulih.
Berhati-hatilah ketika berfutsal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sampai macam tuh power sekali darah tinggi ni..scary pulak aku tengok..kesian anak-anak dia..
ReplyDeleteKasihan. Tapi begitulah hidup, kita tak pernah tahu apa akan jadi esok hari. Kawan isteri saya, seorang doktor dan masih muda, 26. Dalam diam, rupanya memendam satu penyakit Aplastic Anemia.
ReplyDeleteTiada siapa tahu. Kawan-kawan tak tahu. Suami, entah tahu atau tidak.
Tiba-tiba mengejutkan semua dengan pendarahan dalam otak, comatose untuk beberapa hari, dan akhirnya meninggalkan suami dan keluarga dengan penuh keterkejutan.
Hidup sebenarnya pendek, dan penuh perkara tidak disangka-sangka.
Jadi sesiapa yang belum sokong Chelsea, maka cepat-cepatlah. Dan yang tengah sokong Liverpool, bawa-bawalah bertaubat.
Kesian kesian kesian.
ReplyDeletePasal chelsea tu, i reserve my comments. Haha.
Lepas ni tak leh main bola, dan tak leh jamming skali sebab bunyi yg kuat mungkin juga akan mengakibatkan amnesia.
ReplyDeleteWiz, i like.
ReplyDeleteBunyi alat musik yg kuat tu juga bisa menaikkan darah kaum isteri. Bad for our heart.
Semekom Pak... tumpang lau....
W'salam ibu jasmin yang dirahmati.
ReplyDelete