Tuesday, April 13, 2010

RX-Z

Member gua namanya Eddie rekomen gua hantar motor gua ke worksyop motor "mulisha". Kedai yang tak seberapa dari segi kosmetik tetapi cemerlang dari segi teknikal. Signboard worksyop ni pun pakai banner kain rentang cat dengan tangan aje tapi banyak piala-piala racing cub-prix dan scoot-prix tersergam di atas motor2 lama yang bersusun dalam worksyop ini.

Wak Joi ialah tuan punya kedai "mulisha" yang dibarisi oleh beberapa teknisyen yang cekap tentang aspek mempomen motor. Wak Joi juga sering dilihat membarisi kaunter kedai nombor pada hari Rabu, Sabtu, Ahad dan kadangkala "special draw" hari Selasa.

Asalnya worksyop Wak Joi hanya pomen scoot, tapi sebab scoot tak berapa banyak yang masuk worksyop, maka Wak Joi memutuskan untuk mempomen semua jenis motor. Cuma motor easy rider sahaja yang mereka tak pomen. Juga motor superbike berkuasa tinggi 250cc keatas. Ini kerana sparepartnya yang mahal dan Wak Joi malas untuk berurusan dengan pemilik motor sebegini kerana keterampilan mereka berwang tapi poket berabuk. Nanti bila Wak Joi dah beli barang untuk repair, pemilik poket berabuk mulut cakap banyak ni tak der duit nak bayar, motor taknak di ambil dan akhirnya seat motor2 ni jadi rak letak piala.

Baru-baru ini ada seorang pemilik scooter suzuki ber c.c 150 menghantar motor ke kedai Wak Joi untuk operasi naik taraf. Setelah mengira kos upgrade, Wak Joi memberitahu pemilik scooter ini, "harga upgrade ni dalam RM2,000 bang". Pemilik tersebut dengan pantas menjawab, "RM2,000 ni boleh kejar RX-Z tak?" Wak Joi jawab balik, "mesti boleh bang." Pemilik scoot tadi terus bagi "thumbs up" sambil tersenyum puas tanda setuju.

Apa lah dendam pemilik scooter tadi dengan RX-Z, Wak Joi pun tak pasti.

6 comments:

  1. mana lokasi ini bengkel? Gua mau upgrade pasola gua, biar boleh kejar CB400.

    ReplyDelete
  2. pasola siot!! lama tak dengar.. idaman tu. hahaha..

    ReplyDelete
  3. dia penah tertinggal jauh kot dgn rxz wakaka

    ReplyDelete
  4. Passola ialah sebiji motor yang memang lagenda. Nak nak yang kaler merah.

    Pemilik scooter tu dah giler agaknya. Beli sahaja sebiji RX-Z untuk sessi kejar mengejar. Apa susah-susah?

    ReplyDelete
  5. pasola gua legend gak. kaler kunin.

    ReplyDelete
  6. mana lokasi ar bengkel nye ? ade no dye x ? wak joi nye..

    ReplyDelete