Tuesday, May 25, 2010

Time

Kira-kira 24 tahun yg sudah TV hanya ada 3 siaran. Astro dalam bentuk sperma lagi dan tokeh astro baru nak meletop meniaga tapi gua rasa dia dah booking nama syarikat Maxis dah masa tu kut. TV3 ada Wan Zaleha Radzi tapi RTM takde sesapa.

24 tahun yg lepas, gua belum tahu konsep tak kenal maka tak cinta dan gua hairan bila tengok orang dok tengah panas pukul bola golf. Gua juga belum faham konsep "muka handsome, kulit putih, baju mahal2, badan gagah perkasa belum tentu dapat awek yang chun".

24 tahun yg lalu juga ialah waktu Piala Dunia bolasepak diadakan di Mexico. Kejohanan yang penuh dengan aksi aksi menarik ditonjolkan oleh Diego. Waktu itu, MRSM cuti ikut semester dan pada bulan Jun setiap tahun ialah cuti pertengahan tahun. Gua lepak tengok World Cup kat rumah sambil tidor depan TV tapi waktu separuh masa hisap rokok kat kedai acheh depan rumah. Takdak lesen lagi.

Sekarang world cup dah in high-definition. Peloh dan taik hidung players pun lu boleh analyse. Separuh masa hisap rokok masih kat luar rumah sebab wife gua marah. Yes, gua takut bini. Lantaklah luorang nak cakap apa.

How time flies and things change.

But some things never change. Bak kata pipiyapong, "menaik".

Monday, May 24, 2010

S.I.A.L

Sesetengah orang suka bawa kereta laju-laju. Cucuk-cucuk belakang kereta depan. Mungkin orang yang suka cucuk2 ni bukan orang kut. Setan rasanya. Gua tak reti nak bawa laju. Maklumlah, kereta tak kuat. Ekzos pun standard.

Tak cukupkah sekadar kasi "beam" kemudian tunggu kereta depan ketepi? Memang gua berbulu dengan orang yang jenis tak sabar macam ni

Mujur gua bukan software developer. Kalau tak, gua akan buat satu aplikasi yang akan gua namakan "SIAL", singkatan untuk Store It And Longkang. Aplikasi yang gua buat free untuk semua mobile phone. Iphone, blackberry, nokia, samsung, CSL, iphone cap ayam, blueberry dan sony-ericsson besar buah kelapa.

Bila ada orang jahat cucuk2 lu dari belakang, lu boleh "fire-up" aplikasi ni dan isi number plate kereta tu dengan sedikit description.

Bila lu dah ada kereta yang gagah perkasa macam Audi R8, lu boleh bukak balik SIAL masa driving dan cari balik kereta2 yang pernah cucuk lu dari belakang waktu lu pakai proton dahulu. Kalau jumpa sekor, lu boleh cucuk dia macam jarum sampai setan tu masuk longkang.


Bila pengguna SIAL dah ramai, SIAL akan gua "port" ke internet. Maka semua data tentang pemandu2 setan akan dapat ditatap oleh orang diseluruh malaya. Jadi, pembeli kereta 2nd hand boleh check status kereta yang akan mereka beli.. Gua takut nanti lepas lu dah beli, tak pasal2 ada Audi R8 kejar lu dari belakang dan cucuk lu sampai lu masuk longkang.

Thursday, May 20, 2010

Seluar Dalam Sempit

Kadangkala kita berjaya penuhi impian seseorang tapi perbuatan kita itu yang pada mulanya nampak bagus, adalah tidak bagus.

Terselit dicelah-celah kebaikan itu ada cebisan kejahatan yang sangat halus dan kita sendiri pun tak nampak.

Selepas kejadian yng tidak diingini berlaku pada gua semalam, gua berjanji pada diri sendiri agar tidak akan rekomen sesapa untuk berkenalan dengan sesapa dalam apa jua bentuk perkenalan. Bentuk bujur, empat segi, prisma atau bulat. Bila sesapa tu buat hal, gua tersepit macam spender ketat.

Spender sepatutnya mengamankan telor tapi kalau spender buat hal dan menyepit, boleh buat lu rasa nak menangis.

Wednesday, May 19, 2010

Jam, Jem, Jamm

Hari ni, otak gua jam (pronounce: jem).

Monday, May 17, 2010

Kesatuan Pekerja-Pekerja Malas (KEPAM)

Rata-rata penduduk Malaya ni semua bekerja. Kerja bank, kerja jadi guru kelas pomen, kerja ragut beg, kerja goyang kaki dan pelbagai jenis kerja yang lain. Kalau difikir-fikirkan, meragut rumput, bergayut atas pokok, berkicau dan berak merata-rata tak reti nak kambus macam kucing pun kerja juga tapi itu semua bukan kerja manusia.

Antara banyak-banyak kerja yg otak waras manusia boleh fikirkan, kerja yang boleh dianggap bagus ialah kerja yang ikhlas. Jadi guru kepada murid-murid kurang ajar pancitkan tayar kereta guru disiplin ialah kerja yang bagus, janji ikhlas. Jadi pekerja cuci tandas yang duty di tandas awam yang mak datuk punya lah busuk ialah kerja yang bagus, janji ikhlas.

Mereka-mereka yang suka bekerja tetapi malas, hah, ini tidak bagus. Ini tidak baik.

Bila pekerja malas, kerja jadi tidak produktif dan akhirnya KDNK negara akan berkurangan dan ekonomi tak nak up. Sebenarnya kita bukanlah dilahirkan dengan sifat malas.

Sewaktu kita masih dalam bentuk sperma dahulu, kita perlu berenang jauh menuju ovum ibu kita dan kita bertanding dengan 200-500 juta sperma yang lain. Pertandingan kalah-mati yang memerlukan kita fokus, cekal, tabah dan kuat iman kerana untuk tiba di ovum, kita harus mengoyang-goyangkan ekor kita sebanyak 16,000 kali sejam hanya untuk 8 inci perjalanan. Waktu itu, kita juga tak boleh berenang sambil lewa dan bersikap malas kerana kita hanya ada 5 jam untuk berenang, kalau tak kita kalah dan kalah bermakna kita mati.

Ya, dahulu kita ada ekor dan ya juga, dahulu kita tak malas. Kita telah menang pertandingan lumba renang dengan 200-500 juta peserta yang lain.

Oleh itu jangan jadi ahli KEPAM dan jangan cakap lu tak tahu berenang kerana kalau lu tak tahu berenang, lu dah mati dalam fallopian tube mak lu lama dahulu.


Gambar di atas ialah gambar lu masa kecik saiz mikron. Gua pun ada gambar yang sama. Brad Pitt pun ada. Kucing pakcik sebelah rumah gua, gua tak pasti. Sama kut.

Kesimpulan posting gua kali ini, jangan jadi malas, jangan aniaya binatang, jangan cakap lu tak reti berenang dan akhir sekali, kita semua adalah pemenang.

Sunday, May 16, 2010

Happy Birthday To You

Gua suka pergi parti harijadi. Kemeriahan parti hanya santai dan tidak terlalu formal seperti majlis kahwin walaupun masalah kanak-kanak main lari sana-sini jerit-jerit masih kekal. Kanak2 memang tak kesah dengan perasaan orang tua. Gua tahulah, gua pernah jadi kanak2.

Gua cuma tak suka pergi parti harijadi tiap-tiap minggu. Nak beli hadiah tu yg gua malas. Nanti adalah kutu buat perbandingan hadiah yg lu beli minggu lepas dengan minggu ni kemudian mengumpat. Kalau beli hadiah sama aje untuk semua orang, nampak lu ni tak kreatif pulak. Rosak ego gua.

Kalau luorang sedang cari pasangan, cubalah cari keluarga yg kecil2 kerana masalah harijadi ni sedikit sebanyak akan main peranan.

Selamat hari jadi pada mak, maksu, abang dan ciknyah gua yg semua lahir pada bulan May. Terima kasih pada abang gua yg jadi hosnya dan tak kesah gua tak belikan lu hadiah. Pangkat brader2 pun nak hadiah hari jadi ke? Melampau.

Monday, May 10, 2010

Lusuka Band - Bootleg release 2

Kisah Lusuka Band ni memang kelakar. Khamis lepas, band telah berkumpul di Souled Out Hartamas untuk makan2. Giler babi mahal. Mujur bassist ada credit card.

Setelah makan kami menapak ke studio yang bernama Brown, Black & Blues di tepi simpang. Penat jugak la menapak bawak equipment.

Pemain keyboard kami lepak kat tepi melayan nota-nota music sambil tahan hidung kerana ada mamat yang kentut. Cilakak. Keyboardist kami juga ialah seorang ibu kepada 3 orang anak dan merupakan bini bassist. Oi oi oi!!



Wife gua nyorok tepi pintu sebab dia kata badan dia dah gemok 8 bulan ngandung. "Ek ellehhh...." kata gua.

Minggu ni kitorang nak main U2 lah pulak. Nak main lagu punk, lutut dah longgar.

"Hit me baby!".

Sunday, May 09, 2010

The Most Beautiful Girl In The Universe

Today I am temporarily washing the clown off my face. The emotions that has been gushing through me all day has turn this clown into a regular guy reminiscent of his youth. Back to the time when everything was someone else's problems and the world was my oyster.

"Mak" has always been a pillar of strength in our family. "Abah" passed away at a time when half of us was still in school and me, at my most rebellious. It was tough for her indeed but she held her shoulders up high and plowed our way through thick and thin. Mostly thick when it comes to me.

For the next few years after abah's death, she would regularly cry in silent before sleep. She never slept in the master bedroom again and moved all her stuffs downstairs to the small room next to our kitchen, till now. Here she spend most of her time, praying, resting and contemplating tomorrows challenges that she had to face alone. She stood tall amidst the issues that she had to juggle.

Being an ordinary poor kampung girl back in the 50's, she never had the opportunity to study past standard 6. This magnified the hardship after abah's death since her limited educational knowledge rendered her feeling inferior when dealing with earthly matters. She had to ensure that food and bills were settled from the meagre penchant arwah left us. She also had to make sure that all of us excel in school despite her educational handicap.

All these were invisible to me then. I never appreciated the fact that she was only acting tough to hide her true emotions from us for our own benefit. If she were to crumble like domino's back then, I can never imagine my life now.

Last night we took Mak out for dinner. She had a great time, laughing at gestures and joyfully playing with all her grandchildren. I sat next to her at dinner and watched her aging look, aging eyes, aging smile, aging joy and recalled all the sacrifices that she made for us 25 odd years ago. Nothing can repay what she did for us. Not a night dinner in a 3star hotel nor not dinner in a 10star hotel, every night for a thousand years.

When I was small, sometimes I would wet my eyes and pray to God not to take my mother away from me. Not that soon. This very night, as I type away these words and crystal tears are rolling down my cheeks, I prayto God not to take mak away from me. Not so soon.

I love you very much.

Thursday, May 06, 2010

Line-Up

Ni line-up band gua. Gambar first, pakai oakley tu bassist. Pakai cap merah, drummer stock ganas. Yang hensem tu lead guitar pakai washburn bunyi rock maut. Gua, penyanyi sambilan. Penyanyi bebetol belum dapat lagi.

Malam ni session kedua. Gua harap kami selamat dunia dan akhirat. Okay, talian undian dah start. Undilah.







Monday, May 03, 2010

Musika Lusuka Wasuka

Jumaat malam Sabtu yang baru pergi lepas, gua dan beberapa orang "brader-brader" tak sedar diri telah berkumpul di sebuah studio jamming yg agak "muda-muda".

Studio yang kitorang sewa sejam RM37 ringgit. Guitar2nya nampak agak baru, tali pun tak berkarat. Gua pakai gitar kedai kerana malam itu, gua vokalis. Pemain gitar utama kitorang bawak gitar, effect dan tuner sendiri pada malam itu. Mungkin kerana dia rasa dia sangat professional dalam muzik dan lebih arif tentang hal-ehwal gitar dari penjaga studio yang berumur 20 tahun lagi muda dan sungguh sebok main solitaire dalam bilik management studio.

Musika yang kitorang mainkan pada malam itu sangat macam cilaka. Maklumlah, pemain drum bernama Azam berpakaian seluar cargo pants celoreng askar dan ber-T Dream Theatre. Sangat ganas. Pemain bass datang pakai seluar jeans standard dan tee berkolar kaler biru gelap ada cap penguin. Mat skima. Gua pula berseluar pendek golf dan ber-T gambar kartun jepun. Pak lawak. Sementara pemain lead gitar pakai baju ke atau t-shirt, gua tak ingat. Skima juga, tapi dia paling handsome dan harapannya ialah dia akan jadi "chick magnet" band ini. Semua ahli band mempunyai citarasa feysen yang sangat "lain-lain". Macamana nak main best?//&%%

Saksikan video clip lagu last kitorang main. Takder sesapa nak "encore" pun lepas tu. Cuba teka lagu apa yang sepatutnya dimainkan oleh band Lusuka Wasuka ini. Mesti luorang tak percaya kalau tahu jawapannya yang sebenar.