Tuesday, May 25, 2010

Time

Kira-kira 24 tahun yg sudah TV hanya ada 3 siaran. Astro dalam bentuk sperma lagi dan tokeh astro baru nak meletop meniaga tapi gua rasa dia dah booking nama syarikat Maxis dah masa tu kut. TV3 ada Wan Zaleha Radzi tapi RTM takde sesapa.

24 tahun yg lepas, gua belum tahu konsep tak kenal maka tak cinta dan gua hairan bila tengok orang dok tengah panas pukul bola golf. Gua juga belum faham konsep "muka handsome, kulit putih, baju mahal2, badan gagah perkasa belum tentu dapat awek yang chun".

24 tahun yg lalu juga ialah waktu Piala Dunia bolasepak diadakan di Mexico. Kejohanan yang penuh dengan aksi aksi menarik ditonjolkan oleh Diego. Waktu itu, MRSM cuti ikut semester dan pada bulan Jun setiap tahun ialah cuti pertengahan tahun. Gua lepak tengok World Cup kat rumah sambil tidor depan TV tapi waktu separuh masa hisap rokok kat kedai acheh depan rumah. Takdak lesen lagi.

Sekarang world cup dah in high-definition. Peloh dan taik hidung players pun lu boleh analyse. Separuh masa hisap rokok masih kat luar rumah sebab wife gua marah. Yes, gua takut bini. Lantaklah luorang nak cakap apa.

How time flies and things change.

But some things never change. Bak kata pipiyapong, "menaik".

12 comments:

  1. silikon arr tu kan ? x kan beso tu kah3

    ReplyDelete
  2. Silikon pun silikonlah, janji "menaik".

    ReplyDelete
  3. gila dah nak sampai dagu siot 'menaik' nya... melampau!

    ReplyDelete
  4. pak kordi lu sapot apo ha? mexico ye.

    ReplyDelete
  5. Gua support Holland bro. Dari tahun 1978 lagi.

    ReplyDelete
  6. 38 lah cik adik. Brader-brader.

    ReplyDelete
  7. Tetiba rasa termuda skali kat sini...err..lari tajukkah?

    ReplyDelete
  8. Damn. Ye ker? Its only a number anyway baby.

    ReplyDelete
  9. eh apa pulak wifey. HAKU paling muda lah kat dalam nih. aku lahir tahun 90an.

    i heart justin bieber!!

    gituh.

    ReplyDelete