Rata-rata penduduk Malaya ni semua bekerja. Kerja bank, kerja jadi guru kelas pomen, kerja ragut beg, kerja goyang kaki dan pelbagai jenis kerja yang lain. Kalau difikir-fikirkan, meragut rumput, bergayut atas pokok, berkicau dan berak merata-rata tak reti nak kambus macam kucing pun kerja juga tapi itu semua bukan kerja manusia.
Antara banyak-banyak kerja yg otak waras manusia boleh fikirkan, kerja yang boleh dianggap bagus ialah kerja yang ikhlas. Jadi guru kepada murid-murid kurang ajar pancitkan tayar kereta guru disiplin ialah kerja yang bagus, janji ikhlas. Jadi pekerja cuci tandas yang duty di tandas awam yang mak datuk punya lah busuk ialah kerja yang bagus, janji ikhlas.
Mereka-mereka yang suka bekerja tetapi malas, hah, ini tidak bagus. Ini tidak baik.
Bila pekerja malas, kerja jadi tidak produktif dan akhirnya KDNK negara akan berkurangan dan ekonomi tak nak up. Sebenarnya kita bukanlah dilahirkan dengan sifat malas.
Sewaktu kita masih dalam bentuk sperma dahulu, kita perlu berenang jauh menuju ovum ibu kita dan kita bertanding dengan 200-500 juta sperma yang lain. Pertandingan kalah-mati yang memerlukan kita fokus, cekal, tabah dan kuat iman kerana untuk tiba di ovum, kita harus mengoyang-goyangkan ekor kita sebanyak 16,000 kali sejam hanya untuk 8 inci perjalanan. Waktu itu, kita juga tak boleh berenang sambil lewa dan bersikap malas kerana kita hanya ada 5 jam untuk berenang, kalau tak kita kalah dan kalah bermakna kita mati.
Ya, dahulu kita ada ekor dan ya juga, dahulu kita tak malas. Kita telah menang pertandingan lumba renang dengan 200-500 juta peserta yang lain.
Oleh itu jangan jadi ahli KEPAM dan jangan cakap lu tak tahu berenang kerana kalau lu tak tahu berenang, lu dah mati dalam fallopian tube mak lu lama dahulu.
Gambar di atas ialah gambar lu masa kecik saiz mikron. Gua pun ada gambar yang sama. Brad Pitt pun ada. Kucing pakcik sebelah rumah gua, gua tak pasti. Sama kut.
Kesimpulan posting gua kali ini, jangan jadi malas, jangan aniaya binatang, jangan cakap lu tak reti berenang dan akhir sekali, kita semua adalah pemenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
how true. everyone is born a winner!
ReplyDeletewe are the championnnnn..opss ternyanyi plak hehe
ReplyDeletesaya bukan pengalah (iklan milo)
ReplyDeletetang kerja jd guru kelas pomen tu, gua kenal sape dia.
Yes, everyone is not born with a weener.
ReplyDeleteselama ni wa selalu fikir wa lemah lembik sopan santun dan berjiwa fragile lagi - so lu all go la depan dulu, nanti wa ikut blakang. Hak.
ReplyDeletetapi erk, posting lu kali ni menaikkan semangat wa jadi lebih berdaya saing pas ni.
eh by way, wa suka la gambar kecik size microfone tu.
tapi wa rasa wa lagi cute dari lu masa tu - reben pink.
~mia~
Itulah semangat yang kita perlu. Lin Dan dah lama faham konsep ini. Tu sebab dia terer.
ReplyDelete