Jumaat malam Sabtu yang baru pergi lepas, gua dan beberapa orang "brader-brader" tak sedar diri telah berkumpul di sebuah studio jamming yg agak "muda-muda".
Studio yang kitorang sewa sejam RM37 ringgit. Guitar2nya nampak agak baru, tali pun tak berkarat. Gua pakai gitar kedai kerana malam itu, gua vokalis. Pemain gitar utama kitorang bawak gitar, effect dan tuner sendiri pada malam itu. Mungkin kerana dia rasa dia sangat professional dalam muzik dan lebih arif tentang hal-ehwal gitar dari penjaga studio yang berumur 20 tahun lagi muda dan sungguh sebok main solitaire dalam bilik management studio.
Musika yang kitorang mainkan pada malam itu sangat macam cilaka. Maklumlah, pemain drum bernama Azam berpakaian seluar cargo pants celoreng askar dan ber-T Dream Theatre. Sangat ganas. Pemain bass datang pakai seluar jeans standard dan tee berkolar kaler biru gelap ada cap penguin. Mat skima. Gua pula berseluar pendek golf dan ber-T gambar kartun jepun. Pak lawak. Sementara pemain lead gitar pakai baju ke atau t-shirt, gua tak ingat. Skima juga, tapi dia paling handsome dan harapannya ialah dia akan jadi "chick magnet" band ini. Semua ahli band mempunyai citarasa feysen yang sangat "lain-lain". Macamana nak main best?//&%%
Saksikan video clip lagu last kitorang main. Takder sesapa nak "encore" pun lepas tu. Cuba teka lagu apa yang sepatutnya dimainkan oleh band Lusuka Wasuka ini. Mesti luorang tak percaya kalau tahu jawapannya yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagu mari giggle?
ReplyDeleteapesal golap bonau? camne nak jerit² groupie tak nampak orang nih???
Gua sengaja gelapkan studio. Nanti gua posting line-up band ni dengan profile diorang sekali. Jgn tak undi.
ReplyDeleteP/S: Lagu "Wonderful Tonite", version gampang.
ahahahahhahahahahahhaha
ReplyDeletememang sangat gampang!!
sape yg gelak tu ekk???
ReplyDeletelayan tiamat la bro. baru true.
ReplyDeletehahahahhahaha...sumpah tak tau kat mana part wonderfulnya tuh...
ReplyDeleteBiola: gua ler.
ReplyDeleteFikiran: tu ganas sangat. Kitorang gentle.
Wifey: lu tunggu session khamis ni pula.