Sesetengah orang suka bawa kereta laju-laju. Cucuk-cucuk belakang kereta depan. Mungkin orang yang suka cucuk2 ni bukan orang kut. Setan rasanya. Gua tak reti nak bawa laju. Maklumlah, kereta tak kuat. Ekzos pun standard.
Tak cukupkah sekadar kasi "beam" kemudian tunggu kereta depan ketepi? Memang gua berbulu dengan orang yang jenis tak sabar macam ni
Mujur gua bukan software developer. Kalau tak, gua akan buat satu aplikasi yang akan gua namakan "SIAL", singkatan untuk Store It And Longkang. Aplikasi yang gua buat free untuk semua mobile phone. Iphone, blackberry, nokia, samsung, CSL, iphone cap ayam, blueberry dan sony-ericsson besar buah kelapa.
Bila ada orang jahat cucuk2 lu dari belakang, lu boleh "fire-up" aplikasi ni dan isi number plate kereta tu dengan sedikit description.
Bila lu dah ada kereta yang gagah perkasa macam Audi R8, lu boleh bukak balik SIAL masa driving dan cari balik kereta2 yang pernah cucuk lu dari belakang waktu lu pakai proton dahulu. Kalau jumpa sekor, lu boleh cucuk dia macam jarum sampai setan tu masuk longkang.
Bila pengguna SIAL dah ramai, SIAL akan gua "port" ke internet. Maka semua data tentang pemandu2 setan akan dapat ditatap oleh orang diseluruh malaya. Jadi, pembeli kereta 2nd hand boleh check status kereta yang akan mereka beli.. Gua takut nanti lepas lu dah beli, tak pasal2 ada Audi R8 kejar lu dari belakang dan cucuk lu sampai lu masuk longkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pakcik, I akan jadi orang pertama donlod itu application.
ReplyDeleteSokong 100%
Kalau kena bayar pun download ka?
ReplyDeletewakaka mmg sakit ati klu kena cocok2 kan..saje je nak kasi hangennnn..
ReplyDeletelu memang genius. mari gua belanja air tebu.
ReplyDeletebiola: cucuk manja takpe kan?
ReplyDeletefikiran: gua insan biasa yang penuh amarah saja. Tebu tak rock la. Belanja gua root beer float.
gua banje beer je bleh?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGayah: Root Beer sahaja. Walaupun gua rockstar tapi gua minum susu sebelum tido.
ReplyDeleteKalau gua pakai Audi,gua tak cari kereta untuk cucuk, gua carik gadis..
ReplyDeleteJorji: tu tak yah cari. Dia dtg berguling2.
ReplyDelete