Sunday, June 20, 2010

Adam


"Dah pilih nama ke?". Soalan yang sentiasa menjadi tajuk utama saudara gua yang datang melawat.

"Adam nama dia", jawab gua sambil kemaskan bedung anak jantan gua seorang ni.

"Adam aje?", soalan kedua yang keluar dari mulut diorang.

Yes. Nama dia Adam. Sahaja.

Salah ke gua kasi nama pendek?

Adam adalah nama yang gua idamkan untuk anak jantan gua sejak dari mula gua berjinak-jinak dalam dunia keibu-bapaan. Nama yang mudah dan universal.

Waktu gua belajar di perantauan dulu, punyalah susah guru-guru dan rakan semeja gua nak sebut nama gua.

Sekiranya anak jantan gua ni berpeluang belajar di perantauan, mudah lah skit cikgu dan rakan dia nak panggil nama. Taktaulah kalau dia belajar kat Rusia, Jepun atau Uzbekistan pulak. Gua bagi nama "A" pun diorang tak reti nak sebut kut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

5 comments:

  1. ok la nama pendek camtu sbb skang trend dok org suka sgt kasi nama pjg2 kt anak pastu susah nk sebut pekehaii x best langsung eheh..eh comel lah adam ni wehuuu ikut muka akak kan kan haha

    ReplyDelete
  2. Ha ah lah cik biola. Muka wife gua lah ni. :-)

    ReplyDelete
  3. asek gambar tutup mata je... snap la bila dia tengah terbeliak. tengah gelak ke..

    ReplyDelete
  4. wah..dah pandai posing si Adam...kellesss..

    Nama pendek senang nak isi borang OMR..kalau tak orang lain dah start jawab soalan exam, kita baru terhegeh hegeh isi nama... :-)

    ReplyDelete
  5. Newborn bukak mata adalah dalam 15min sehari. Nanti gua try eh.

    ReplyDelete