Wednesday, April 27, 2011

Sekolah & Guru-guru

Sekolah ialah tempat menuntut ilmu duniawi. Ilmu hitam belajar dengan bomoh dalam gua.

Bagi saya, hanya sekolahlah tempat sebenar dimana konsep 1Malaysia boleh diwujudkan selain dari tempat mainan kanak-kanak "playground" (klik sini untuk tesis dan kertas kerja setebal 120 mukasurat yang telah saya bentangkan dahulu).

Memang ada guru yang membakar anak murid untuk menerangi alam, tetapi kebanyakan guru ialah seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi alam. Yelah, gaji pokok pun dah tinggi mestilah diorang sanggup nak membakar diri ye dak? Cuba gaji kecik.

Dengan menolak isu gaji pokok tinggi tadi, bolehlah kita rumuskan bahawa kedudukan sekolah dan guru ialah setaraf dengan kedudukan menteri kabinet atau mungkin lebih tinggi lagi dalam masyarakat.

Tetapi kenapa bila budak kecik punya perangai macam iblis gemuk, guru dipersalahkan kerana tidak mengajar erti disiplin? Sekolah dipersalahkan kerana jual nasi lemak, chickedees, coklat dindang dan aiskrim potong didewan makan?

Kenapa?

4 comments:

  1. kerana ais kerim potong, coklat dindang serta chikedees lebih sedap dijual disekolah.

    ReplyDelete
  2. sebab orang tua, cikgu-cikgi, yb², menteri-menteri pun makan cekedis jugak.

    ReplyDelete
  3. saya tak makan cikedis atau apa saja jajan seangkatan dengannya masa skolah.

    saya makan sosej.

    tapi... saya tetap membesar cam ikan bilis gemok jugak. huk.

    ReplyDelete
  4. Duit belanja sekolah saya semua habis buat beli rokok bukak.

    ReplyDelete