Thursday, April 21, 2011

Wisma Central?

Saya ke KLCC tengahari tadi. Masuk kedai keluar kedai. Saya rasa dah 10 tahun saya berkecimpung dalam bidang masuk kedai keluar kedai di KLCC ini tapi saya tak pernah puas. Lagipun KLCC ada tingkat "concourse". Empire State Building ada level "concourse"?

Kedai yang paling saya gemari di KLCC ialah Best Denki. Layan peti ais dan mesin basuh "front loading" jenama Electrolux besar gedabak. Juga layan TV plasma "berapa inci punya skrin ntah aaa" Panasonic harga RM220,000 memang mengujakan.

Saya rasa kualiti plasma TV tu lebih kurang TV 30 inchi saya aje. Bezanya, orang dalam TV besar sama besar dengan saya yang tengah melopong depan TV tu. Tak banyak beza sangatlah.

Kedai nombor dua paling saya gemari ialah kedai "Machines" jual barang Apple Computers. Bukan apa, bila saya tengok barangan Apple ni, saya jadi geram macam nak hempas-hempas produk dia.

Kedai yang saya tak suka ada beberapa biji lah. Tapi tak elok lah saya kutuk kedai2 tu. Rasa berdosa pulak.

KLCC ialah ikon Malaya yang tiada tolok bandingnya. Tapi bila tiba time lunch saya ke Wisma Central untuk makan. Murah banyak.

5 comments:

  1. saya suka bau kinokuniya di klcc. masuk duduk beberapa jam sambil sedut bau. sedap.

    ReplyDelete
  2. Kinokuniya tu pun dalam list best of the best cik gayah.

    Jasni, saya dah lama suka. Tq bro.

    ReplyDelete
  3. saya tak suka KLCC

    sebab jauh

    tapi saya suka blog ni

    xoxo

    kehkehkeh..ada rupa camxbetol je aku..nice blog bro

    ReplyDelete