Thursday, January 05, 2012

Ekspedisi Mockba - Zurich

Tiba di Zurich, pagi. Pukul 6 macam tu lah. Zurich merupakan transit kami untuk ke Rusia. Waktu itu sudah tiada penerbangan Aeroflot terus ke Mockba dari Sepang. Dulu-dulu adalah. Saya dengar pramugari Aeroflot sangat jelek. Mereka yang ramainya berbadan seperti gergasi akan mencampakkan air tin yang dipesan dari ruang berjalan kepada pelanggan yang duduk tepi tingkap tanpa memberikan kertas tisu. Allahualam. (Gambar pramugari Aeroflot dibawah mungkin gambar tipu).



Suhu dalam lapangan terbang antarabangsa Zurich waktu tu suam-suam kuku. Saya pergi tepi tingkap dan cuba meninjau suasana sekitar lapangan terbang itu, pun suam-suam kuku juga. Cumanya, saya pasti suhu diluar sangat sejuk kerana bahagian luar tingkap penuh dengan titis-titis air seperti dalam peti sejuk. Saya tekapkan tangan saya ketingkap dan dekatkan pandangan saya untuk mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Apa pun tak nampak kecuali kereta parking tepi jalan. Lalu saya pun menjadi boring.

Saya kembali ketempat duduk awam di zon bebas cukai lapangan terbang. Tidak ada apa yang menarik minat saya. Makwe mat saleh yang sebok lalu lalang semua tak boleh pakai. Lagi pun ada ke makwe chun bangun pukul 6 pagi? Gila ke? Polong ke apa?

Sekeping majalah berbahasa perancis terboncai diatas kerusi bersebelahan. Dua minit berlalu dan saya masih termenung melihat muka hadapan majalah itu. Lalu saya pun menjadi boring.

Tiba-tiba beberapa orang terjerit-jerit dari jauh memanggil saya. Dalam keadaan mengantuk dan boring itu saya tidak dengar apa yang dijeritkan. Rupa-rupanya mereka ialah rakan delegasi saya yang muka jadi tak senonoh akibat tidor dalam flight tadi sehingga saya hampir tidak dapat mengecam mereka, memanggil saya untuk naik ke pesawat kami yang seterusnya iaitu pesawat Swissair. Mungkin itu ialah antara penerbangan terakhir Swissair kerana tidak berapa lama selepas saya pulang ke Kuala Lumpur, Swissair bangkrap bahana kegawatan industri penerbangan akibat "September 11" dan kini semua laluannya diambil alih oleh Swiss International Airlines. (Pulang dari Mockba kami menaiki British Airways dan bukan Swissair).



Perjalanan ke Mockba mengambil masa lagi 5-6 jam. Teringatkan mangkuk tandas dalam kapalterbang yang mungkin sempit, saya terus ke tandas di lapangan terbang sebelum naik pesawat.

Walaupun pengalaman di Zurich saya agak boring, ada juga hasil peninggalan saya disitu.

- Akan disambung -

2 comments: