Sunday, May 16, 2010

Happy Birthday To You

Gua suka pergi parti harijadi. Kemeriahan parti hanya santai dan tidak terlalu formal seperti majlis kahwin walaupun masalah kanak-kanak main lari sana-sini jerit-jerit masih kekal. Kanak2 memang tak kesah dengan perasaan orang tua. Gua tahulah, gua pernah jadi kanak2.

Gua cuma tak suka pergi parti harijadi tiap-tiap minggu. Nak beli hadiah tu yg gua malas. Nanti adalah kutu buat perbandingan hadiah yg lu beli minggu lepas dengan minggu ni kemudian mengumpat. Kalau beli hadiah sama aje untuk semua orang, nampak lu ni tak kreatif pulak. Rosak ego gua.

Kalau luorang sedang cari pasangan, cubalah cari keluarga yg kecil2 kerana masalah harijadi ni sedikit sebanyak akan main peranan.

Selamat hari jadi pada mak, maksu, abang dan ciknyah gua yg semua lahir pada bulan May. Terima kasih pada abang gua yg jadi hosnya dan tak kesah gua tak belikan lu hadiah. Pangkat brader2 pun nak hadiah hari jadi ke? Melampau.

5 comments:

  1. cari yg sebatang kara ok x? hehe

    ReplyDelete
  2. bro dah angkat standard carted? Gua tengok 279 saje di butik.

    ReplyDelete
  3. Miss: paling sesuai. Kalau boleh, jgn couple dgn pendatang asing. Leceh.

    Fikiran: gua dah nak book online tu hari, size out of stock. Lu maksudkan boutique LFC online kan?

    ReplyDelete
  4. kalau jamak semua birthday dlm satu party ok tak?

    ReplyDelete
  5. just me: gua pi party jamak lah minggu lepas.

    ReplyDelete