Thursday, October 06, 2011

180 Darjah

Sebelum saya menggunakan produk Apple Computers, saya tidak pernah kenal dan faham erti seni dalam produk. Bagi saya, produk ialah spesifikasi dan 'features' sahaja. Design mungkin ada didalam 'check-list' tetapi ditempat yang terakhir.

Sebelum saya menggunakan produk Apple Computers, saya akan sentiasa fikirkan tentang harga. Kalau mahal, saya tidak akan mempertimbangkan langsung barang tersebut.

Apple telah mengubah pemahaman dan citarasa saya 180 darjah.

Apple mengajar saya bahawa kualiti dan design yang baik memerlukan pelaburan. Malah design kini berada ditempat pertama 'check-list' saya dihadapan kualiti.

Apple memberi makna didalam pepatah 'alah membeli, menang memakai' kerana sebelum Apple, saya tidak faham langsung pepatah ini.

Mungkin ada diantara rakan saya tidak faham mengapa saya akan memberi 'tabik hormat' kepada mereka apabila mereka mula-mula tunjukkan kepada saya yang mereka sudah membeli produk Apple. Saya pasti kini mereka sudah faham dan mereka pula akan memberikan 'tabik hormat' kepada pengguna Apple baru yang seterusnya.

Mungkin ada diantara orang yang tidak saya kenali di kedai-kedai minum berkongsi wifi, menggunakan Macbook fikir yang saya ini gila kerana asyik memandang mereka sambil tersenyum. Saya pasti mereka akan faham juga akhirnya.

Terima kasih Steve Jobs.

4 comments:

  1. He left his mark on our lap, in our hands and on our ears.

    Tapi paling terkesan untuk saya adalah, he proves that money doesn't buy immortality.

    ReplyDelete
  2. No one can buy immortality.

    One thing for sure, IF Jobs was Proton CEO, Proton Juara will NEVER make it pass the design phase.

    ReplyDelete
  3. Tahun 1993 saya kerja kilang percetakan. Masa tu desk-top publishing and design staff semua pakai Apple. Apple memang dah advance masa tu. Microsoft baru sibuk dengan M-Word 3.0, 3.1. BTW, bapa kandung Steve seorang Arab. Mak orang putih.

    ReplyDelete
  4. Inovasi steve jobs sukar dicari ganti. Dia hanya seorang manusia biasa yang berkebolehan mengubah hidup orang lain dengan sekali petik.

    Kehilangannya amat dirasai.

    ReplyDelete