Saturday, October 01, 2011

Getting A Grip On Reality

Kenapa anda berblog? Kenapa anda berfacebook? Twitter?

Ada diantara anda buat semua perkara yang saya sebut diatas kerana anda mahu mencari teman.

Ada pula terlalu gemar menulis walaupun diri sedar bahawa menjadi jurnalis adalah sesuatu yang jauh panggang dari api.

Ada yang menggunakan saluran ini untuk mempromosikan hasil kerja.

Ada juga ceburi aktiviti ini kerana desakan rakan sebaya.

Saya?

2003 ialah tahun dimana seorang sahabat mengesyorkan agar saya mula berblog. Atas semangat berkawan, saya menghidupkan blog yang anda sedang baca ini tetapi pada mulanya saya langsung tidak aktif menulis. Kehidupan saya ketika itu juga tidaklah begitu kondusif untuk berblog.

Saya bukan seorang yang sentiasa serius dalam hidup. Selalunya saya akan melihat sesuatu perkara yang ramai orang anggap 'salah' dari perspektif yang neutral. Saya ambil contoh, Namewee. Tidak perlu saya perkenalkan siapa Namewee, umum lebih arif.

Bagi saya Namewee menggunakan internet sebagai saluran untuk meluahkan kekecewaan beliau terhadap masyarakat yang pada beliau telah banyak melanggar prinsip-prinsip yang beliau perjuangkan. Bukan untuk mencari populariti. Lihat saja klip video beliau memekak di pejabat TNB apabila elektrik tiada di bandar Muar. Manakala klip lagu Negarakuku yang beliau siarkan dulu menceritakan kekecewaan terhadap sistem Malaysia yang tidak 1Malaysia/negara berkebajikan.

Kembali kepada isu saya, kenapa saya disini?

Saya bukan mahu tunjuk pandai dengan menulis seperti jurnalis 'Time Magazine'.

Saya juga bukan mahu cari teman kerana saya sudah pun berkeluarga.

Saya tiada hasil kerja yang layak untuk dijual melalui saluran internet.

Saya hanya mahu merepek dan melalut disini. Melalak dan memekik kerana ianya tidak memberi apa-apa erti pun. Wahai pembaca yang budiman, isi didalam skrin empat segi yang anda semua sedang mengadap ini bukan realiti. Sekiranya anda klik ke laman lain sekalipun pada dasarnya ia masih sama, itu bukan realiti.

Disini, anda boleh jadi apa sahaja yang anda suka tanpa perlu kebenaran sesiapa. Walau bagaimana pun beberapa perkara asas haruslah seseorang yang waras ikuti ketika merepek di internet. Perkara seperti jangan mengata orang, jangan memfitnah dan jangan menyusahkan orang lain.

Saya hairan kenapa ada yang mempersoalkan tentang mengapa saya menulis seperti saya syok sendiri kerana memang saya syok sendiri pun.

Dimana-mana saya boleh menulis di internet mestilah saya akan syok sendiri kerana dunia siber ni bukan dunia realiti. Kalau anda mahu serius menulis cerita fantasi seperti Tolkien atau penuh perasaan serta bernahu seperti penulis di ESPN, teruskan lah.

Itu bukan saya.

9 comments:

  1. saya juga suka diketawakan di depan screen petak ini.dan itu juga bukan saya.
    dan ada juga tidak bersetuju dengan blogger2
    dan itu juga bukan saya.saya suka tulisan entry ini maafkan saya.

    ReplyDelete
  2. Itulah masaalahnya.

    Patutnya komen tentang point yang ditulis. Sebab selalunya apa yang ditulis berdasarkan pendapat, atau pemahaman sendiri berdasarkan sesuatu fakta. Boleh jadi salah, boleh jadi betul. Boleh bersetuju, atau boleh dibangkang.

    Samalah di alam realiti.
    Kalau seseorang tu tak boleh buat sesuatu kerja, misalnya. Komenlah tentang prestasi kerja. Ni nak komen muka dia tak hensem apa hal. Sebagai contohlah.

    My 2 cents.

    ReplyDelete
  3. ey saya suka lah entry ni. mana butang like? mana?!!! saya nak klik niiii!!!!

    ReplyDelete
  4. I loike toooooooo!

    Sbb I pun kategori bloggers syok sendiri. Muahahaha....

    ReplyDelete
  5. Ya betul Pak Kordi. Saya juga menulis sebab orang sebelah tak larat nak dengar saya berceloteh. ;o)

    ReplyDelete