Wednesday, October 05, 2011

Terima Kasih D90

Hari ini adalah salah satu hari yang sangat sedih bagi saya. Kamera saya sudah bertukar tuan. Saya menitiskan airmata ketika membungkusnya semalam.

Sedih kerana itulah kamera DSLR pertama saya. Ia juga kamera yang banyak mengambil gambar Adam ketika dia baru lahir sampailah dia pandai berjalan, yang merupakan antara saat-saat menggembirakan kami sekeluarga.

Perasaan pilu ini agak sama dengan waktu komputer riba Apple Powerbook G4 saya pergi dan tak kembali lagi.

Mujurlah saya berjaya memelihara memori kamera ini dengan menggantungkan banyak hasil tangkapannya didinding rumah.

Harapan saya adalah agar semangat minat fotografi dalam diri ini akan masih menebal hinggalah saya mendapatkan penggantinya nanti.

Panasonic Lumix GF3 barangkali?

8 comments:

  1. brapa harga en kordi tolak d90?

    ReplyDelete
  2. Darus: RM2600 for body, lense 18-105 + 18-55 kit lens and a 50mm 1.8D. With a bag.

    ReplyDelete
  3. wow, tolak kat mana? rasa mcm nak jual kamera jugak lah.

    ReplyDelete
  4. Aku tolak kat member fotografi gak. Ko try jual kat photomalaysia.com. Kamera apa darus?

    ReplyDelete
  5. Nikon D5000 aja, takut tak laku. Ada market lagi ka D 5000?

    ReplyDelete
  6. Kalau murah sangat, tak jual kut. Sbb mmg banyak sentimental values, huhuhu.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak perlu jual, simpanlah.

    ReplyDelete