Anda suka tengok TV? Saya suka dan dulu saya pernah cakap yang kami 'subscriber' Astro B.Yond.
Memang saya suka tengok TV tapi selalunya layan program sukan lah. Layan HBO HD, Sundance Channel atau National Geographic HD jarang-jarang. Kadang-kadang bukan kerana cerita di HBO HD tu tak sedap, cuma waktu siarannya clash dengan program sukan yang saya sedang tengok. Bila ini berlaku, saya akan berdoa agar saya akan dapat menonton cerita di HBO HD tadi di waktu dan masa yang lain (selalunya memang miss terus lah. Malas nak check program schedule).
Kalau TV1, TV2, TV3, Astro Prima dan TV9 pula, memang takde peluanglah isteri saya nak tengok bila siaran drama 'sayu-sayu' atau drama Fasha Sandha berlakon, sama waktu dengan siaran langsung bolasepak atau sukan golf kegemaran saya. Isteri saya bagaikan orang dahaga menunggu air di perigi buta.
Kini tidak lagi. Isteri saya telah mengorder Astro B.Yond PVR.
Saya hanya perlu mencari nama program, waktu siaran dan menekan butang 'record'. Pakej yang saya ambil akan membenarkan 300 jam 'free recording'. Taktaulah kalau semua pakej PVR macam itu. Mungkin ada caj untuk rakaman lebih dari kuota yang diberikan. Saya taktau.
Isteri saya kini ibarat nasi tersaji sampai kelutut. Terbaik!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nasi tersaji tu apa?
ReplyDeleteOrang makan nasi sepinggan dua dah cukup kan? Sekarang dapat makan nasi yang disajikan banyak sampai lutut. Kira bersyukur gilalah.
ReplyDeleteok, noted. hehe
ReplyDeleteseronok layan byond smpai tak update blog ka? atau terkejut budgetnajib baru2 ni
ReplyDelete