Saturday, March 20, 2010

Penyangak Cilik Harus Beretika

Dulu mak gua kasi duit poket sekolah RM1 sehari. Itulah duit untuk makan-minum dan tambang bas. Memang lah makan kat sekolah murah tapi duit gua tak pernah cukup sebab gua guna duit bukan untuk makan tapi beli rokok bukak kat gerai mamak talib the legend pada budak2 sekolah st john.

Pepagi kul 6.15 gua dah naik bas ampang depan umah gua. 6.45 pagi gua dah bertenggek kat mamak talib bawah sekolah. Selalunya gua lah yang first sampai. Si talib mamak tu akan jerit nama timangan gua "perocherrrr" dari jauh bila nampak kelibat gua terkedek2 menuju gerai dia.

Talib kata dia punya anak kat India sama dengan nama gua dan bila nampak gua, dia jadi sayu. Apa? Dia ingat gua geng makhal sakthi ke? Celaka punya talib. Tapi gua sayang dia. Hati dia baik. Bila gua kata gua tak cukup duit nak minum hanya cukup untuk sebatang dunhill pagi, sebatang dunhill petang sebelum balik, dia kenyit mata dan kasi gua setengah gelas teh tarik, free of chasss.

Zaman sekolah gua takdak yang special. Gua pun tak pernah serius belajar. Yang gua tau, gua nak lepak. Lepak kat rumah tak best. Tak boleh merokok, sembang bodoh dengan budak2 sekolah dan tak boleh usha awek convent bukit nanas tergedik2 turun naik sekolah.

Walaupun gua ni memang jenis degil, hisap rokok dan ponteng sekolah, gua ada etika. Gua tak melawan guru dan mak bapak. Kalau gua kantoi, gua terima hukuman dengan hati terbuka. Buat jahat ikhlas, kena hukuman pun kena terima dengan ikhlas.

Gua berterima kasih pada Tuhan kerana bagi gua IQ tinggi skit dari George Bush. Mak gua selalu nak marah gua tapi sebab result gua bagus, dia nak kata apa?

Sekarang bila gua nampak budak2 sekolah hisap rokok kat restoran sambil peluk2 awek, gua harap diorang ada etika macam gua dulu2.

5 comments:

  1. gua menyampah tengok budak2 skolah isap rokok pakai duit mak bapak. gua isap rokok waktu skolah dulu guna duit partime gua jadi promoter kat isetan dulu.Baru true!

    ReplyDelete
  2. Penghisap rokok yang tegar. Padanla lu kenal thierry mugler. Kat isetan eh?

    ReplyDelete
  3. sekolah st john ke dulu huhu..penah jejak dulu kt situ sbulan muahaha terkejut tgk father dia kt perhimpunan tp suka kump pancaragam dorang haha mission imposible ekeke

    ReplyDelete
  4. hahaha gua kenal Thiery Mugler waktu lepak kat Paris dolu. Dia yang kenalkan gua brand wangian dia. Gua pun tolong promote bila balik Malaysia. hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Biola: yer. Saya johanian.cadet band sji memang antara yg terbaik.

    Fikir: taik anjing bersepah kat paris tu.

    ReplyDelete