Borak punya borak punya torak, kedai ayam kampung pot budak2 ofis gua makin lengang. Yang tinggal hanya geng mungkin asal brickfield dan asal balakong. Jam dah pukul 1.30pm rupanya. Damn, melepas lagi gua minggu ni.
Kereta bomba style charlie chaplin ni ada kat the curve. Patutnya kita panggil lori bomba atau bas bomba kerana saiznya yang gedabak dan tidak sesuai lagi dipanggil "kereta". Bila gua amati isi kandungan lori bomba ni, ada cangkul seketol tersangkut. Apa barang ahli bomba zaman pre-historic guna cangkul ni?
Ahli bomba ialah orang kerajaan yang sering kita lupa akan kewujudannya. Mereka bertarung nyawa untuk menyelamatkan manusia dari kebakaran, manusia dari tersepit celah stereng kereta, kucing yang tak tau turun dari bumbung dan juga halang "King Cobra" yang tak pasal2 nak masuk rumah orang.
Mereka juga satu2nya unit kerajaan selain dari ahli kelab kerajaan yang sesuai menggunakan perkataan ahli sebagai kata ganti. Ada orang panggil abang polis, ahli polis? Nak kena penampar?
Ahli bomba juga ialah golongan yang takkan mintak "tip" bila menjalankan tugas2 mereka. Takkan "pau" civilian. Mana sempat nak mintak mangsa masukkan kertas bernilai kedalam saku diorang tapi pada masa yang sama dok sebok pancut air untuk padamkan kebakaran kan? Paling-paling pun, dia tenung muka lu macam nak makan sambil pass kucing persian ke dakapan lu. Kalau lu nak bagi sen kat dia, lu mesti ikhlas.
Ahli bomba, gua salute luorang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yes nak salute gak arr ngan bomba..paling menyampah dgn polis x semua tp kebanyakkan mmg ancur arr
ReplyDeleteAhli askar pun ok gak.
ReplyDelete