Monday, March 01, 2010

Santai Sambil Alkaline Jazz

Radiostar nama lama. Rosin nama baru.

Ro = huruf jawi "ro" sempena Radio. Sin = huruf jawi "sin" sempena Star.


Rosin diketuai oleh Pot Innuendo diiringi oleh pacai (main bass, malam tu dia pakai double bass. Gerek betol) dan beberapa ahli yg tak tetap dan gua tak berapa nak kenal tapi terer gak lah.

Gua suka irama muzik Pot dan dia sekarang dah berjiwa syahdu. Mungkin dari dulu lagi dah syahdu.

Diorang main irama alkaline jazz kerana mereka hanya jamming jazz di tempat yang tak jual alkohol dan pendengar mereka hanya berdarah alkali sahaja.

Bersama dengan wife gua dan 2-3 rakan sekolah gua dahulu, gua layan Rosin di Bangi Kopitiam Wangsa Maju sabtu malam ahad lepas. Mereka akan senantiasa jamming di sana sekali dalam 2 minggu dari jam 11pm ke atas.

Mereka juga ada jual CD hasil mereka secara pukal di situ. Dah beli, jangan cetak rompak. Rosin ni band orang baik-baik jadi jangan buat perangai macam setan.

Mereka ada di youtube, tapi kalau nak dengar snippets, layan video clip kat bawah tapi abaikan kaki gua bila sampai tang last.

U la la!

3 comments:

  1. dalam innuendo dulu gua rasa Taj lagi real..

    ReplyDelete
  2. kaki last tu nampak sgt feel ekeke

    ReplyDelete
  3. fikiran.. taj pun ok gak. Cuma gua suka perjuangan yg Pot tengah buat. Jual CD music dia pun secara direct pada pendengar. Unik.

    Biola.. kan gua dah cakap, abaikan kaki gua!!

    ReplyDelete