Lu dahaga dan terasa nak minum nescafe panas. Cerek letrik takde, Coway takde dan yang ada hanya cerek lama bentuk macam lampu aladdin berwisel "phheeeewwwwwwtttttt" bila air dah masak.
Perlahan2 lu bukak paip, isi air dalam cerek. Gesek mancis cap orang terbang, pulas suis oven bukak gas. Lega, gas masih ada.
Air dalam cerek yang belum cukup panas takkan terpelowap tapi kalau lu pegang dinding cerek, rasa panas dan makin panas. Panas tak ingat.
Air belum cukup panas untuk terpelowap. Lu rilek pasang rokok lepak tengok TV.
Bila air mula terpelowap, ia akan terkumpul di siling cerek. Mula bergantung tapi belum cukup berat untuk jatuh kebawah semula. Cukup masa, wisel cerek berbunyi dan pada masa yang sama, air wap panas yang terkumpul di siling akan jatuh kebawah semula.
Wap yang mula jatuh ke dalam air cerek kerana berat tu gua ibaratkan hujan. Panas yang terkumpul dalam cerek mula2 tadi, macam panas sebelum hujan.
Pendek kata, dunia ibarat cerek atas api.
Eh, apa jadi dengan nescafe gua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ntah..dah bancuh ke? ekeke
ReplyDeletegua dah abiskan. letih ah dengar lu bebel panjang sangat...
ReplyDeletegua masak air guna heater. Bolih jadi senjata gaduh gak time duk teknik dulu.
ReplyDeleteGua taktau apsal gua petik kopi jenama nescafe. Tak baik untuk kesihatan sebenarnya.
ReplyDelete