Wednesday, March 03, 2010

Giler

Bila gua usha orang orang kurang siuman berlegar-legar di kota metropolitan hutan batu Kuala Lumpur, gua kasihan.

Gua kasihan kerana rupa-paras tak terurus mereka dan gua juga tak dapat nak bayangkan apa yang orang orang giler ni tengah pikirkan. Persoalan seperti kenapa mereka boleh jadi giler dan giler jenis apa diorang tu saling sahut menyahut dalam kepala otak gua.

Ada sorang berpangkat Datuk selalu mundar-mandir dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) atau lebih dikenali sebagai Kampung SAS. Datuk berpakaian batik dan kemas tapi kurang siuman. Memang dia datuk dan dia ada rumah banglo sebijik dalam perkarangan KGSAAS. Taip kali nampak kotak rokok Marlboro atas meja, dia akan datang dan kata, "ni rokok kegemaran saya. Boleh saya amik sebatang?". Kemudian dia akan bukak cerita pasal P.Ramlee dan Saloma dan kalau mood dia baik, dia terus menyanyi lagu P.ramlee. Masa dia normal dulu dia peminat tegar lah agaknya. Dari cerita orang kerja dalam KGSAAS, datuk ni dulu normal tapi jadi macam ni lepas kena tipu dalam meniaga.

Kena tipu sampai jadik giler. Tak dapat gua bayangkan.

Gua pernah jugak kena tipu. Selalunya kena tipu kena kasi duit raya lebih dengan anak-anak buah gua. Ada juga gua kena tipu dengan rakan rakan, tak bayar hutang. Tapi setakat hutang bernilai rokok sekotak dua.

Ada gua dengar cerita orang jadik mental sebab putus cinta. Putus cinta pun leh jadi giler?

Ada orang buat-buat giler kat KL ni. Konon2nya diorang ni polis risikan yang berlakon giler. Nak tau diorang ni senang, tengok kuku tangan bersih. Kata orang lah. Yang gua tau, orang buat buat giler tapi tak giler ni artis.

Jenis giler ni pun banyak. Ada jenis giler yang syahdu muka monyok. Ada yang riang gembira tak pakai baju. Ada yang pendiam tapi hati nak potong kepala orang. Yang last tu ngeri.

Gua berharap sangat agar anak beranak gua tak der yang kena penyakit mental. Gua kasihan. Orang giler yang gua tak kasihan dan berdoa agar sakit tenat sebelum terus kojol ialah mat rempit. Diorang ni giler berotak udang serta jahat.

4 comments:

  1. aku takut tgk org giler lelaki yg kurus kering pakai suar longgar aduyai sikit lagi nampak haishhh hehe :D

    ReplyDelete
  2. Takyah takut biola. Lu dah kawin nanti, hari hari lu tengok menatang tu.

    ReplyDelete
  3. hari2.konfem.gua pakai kain tak pakai suar.

    ReplyDelete