Monday, March 29, 2010

Weekend - part I

Peluh ni pelik skit. Dia lain dari air mata. Kalau lu duduk saja2 dan fokus untuk paksa peluh keluar, takkan dapat punya. Badan lu kena aktif skit untuk membuka kelenjar2 peluh, baru peluh keluar. Air mata? Fokus tentang lakonan Norman Hakim, air mata lu mesti keluar tanpa dipaksa kerana lakonan yang menyedihkan.

Weekend lepas, badan gua aktif berfutsal bersama rakan2 dari sokernet. Bila aktif, badan berpeluh, jantung porak poranda dan lu rasa macam nak pitam. Team gua "1892". Dari nama team lu dah boleh agak betapa handalnya team gua suatu ketika dahulu. Kata kuncinya ialah "suatu ketika dahulu".

Jangan cakap banyak, team gua kalah first round. Kalah dengan team jersi pink dan sekali seri dengan team jersi colour chelsea away kit. Semua team muda belia rakan muda.

Lepas game, gua balik rumah dan layan anak buah gua jadi clown. Tenang skit hati.


Yang main gitar gua ni dah besar nak jadik Yuna. Tak dapat jadi Yuna, dia nak jadi Ana Raffali.

Yang kecik kat bawah ni pulak, dah besar nak ganti "Crocodile Hunter". Dia panggil teddy bear wife gua ni Baby. Iyer lah tu.

4 comments:

  1. ana raffali,best dia tu hehe..suka tgk dia pakai baju kurung sambil main gitar nampak sgt ntahlah tp suka ekeke

    lama dah tak main hoki dan x de geng haishh

    ReplyDelete
  2. Hoki? Game paling ngeri tu wey.

    ReplyDelete
  3. anak sedara lu yang main gitar tu confirm dah besar jadik heartbreaker. jambu siot!!

    yang second tu tengah berkungfu ke?

    ReplyDelete
  4. Yang besar tu sekolah cina darjah 2. Suara garau. Heartbreaker tu gua tak tau la, tapi kalau bawak dia pergi tengok wayang, mulut asik menanya aje. Tension gua.

    Yang kecik ni gua rasa lagi heartbreaker dari kakak dia. Dia tengah gusti dengan "baby".

    ReplyDelete