Wednesday, October 12, 2011

From Kuala Kangsar With Love

Kadang-kadang sepi itu sangat indah. Ia mengingatkan kita tentang ketenangan yang wujud didalam semua kekalutan ini. Sepi sebegini harus dicari dan bukan yang dicampakkan kepada kita. Yang lebih tak sedap ialah sepi yang dilontarkan dibawah paras sedar.

Saya sekeluarga pulang ke kampung di daerah Kuala Kangsar, Perak hujung minggu sudah. Ketika memandu di satu kawasan yang bernama Temin, mak saya berkata, "dulu arwah abah kamu pernah mengajar disini. Umur dia baru 16 tahun. Abis standard 6, terus jadi cikgu. Menyewa dikawasan ini lah. Orang tua yang menyewakan rumah* akan sediakan kayu api (untuk abah masak makanan) bila arwah pulang mengajar dari sekolah. Selalu juga dia berbasikal dalam gelap dari Padang Assam, Kuala Kangsar ke Temin bila sudah tidak menyewa. 5 pagi bertolak, singgah subuh di Kuala Kangsar lalu terus ke Temin. Jalannya kecik dan bila tiba di sekolah, baju basah bukan sebab peluh tapi kerana embun dihujung lalang tinggi tepi jalan yang bergesel dengan baju arwah."

Saya bersyukur kini bersekolah dah mudah. Jadi guru juga makin mudah.

Arwah abah memang orang baik.

*Dulu sewa rumah, tidor di ruang tamu saja.

3 comments:

  1. mentua saya org ara pnjang

    ReplyDelete
  2. tanggungjawab guru saja makin bertambah.

    ReplyDelete
  3. Saya pun orang Kuala dan seorang Cikgu. Tapi kesusahan dan kepayahan arwah ayah PC tiada tandingannya.

    Sejuk hati baca cerita Ayah PC.

    Ayah saya pun punya banyak cerita tentang cabaran dia mengajar zaman dulu2. Rasa seperti tiada hero yg lagi hebat daripada ayah kita.

    ReplyDelete