Thursday, March 11, 2010

Aura Seorang Ibu

Sebelum tido gua sering tekap tapak tangan gua kat perut wife gua. Sekali baby dalam perot menendang, sekali gua "tap" jari gua. Dua kali baby tendang, dua kali gua "tap" balas. Ajar dia matematik dari kecik.

Baby dalam perut hanya mendengar tanpa dapat melihat persekitarannya. Dengar muzik yang gua alunkan, dengar azan berkumandang dari TV, dengar ngomelan ibu dia dan dengar ketukan jari jemari ayah dia.

Dunianya yang gelap namun gemersik dengan pelbagai bunyi-bunyian, sedap atau tidak, mungkin dia tak kesah.

Orang kata bila kita dah dewasa kita akan cam suara ibu kita walau dengan mata kita yang tertutup. Mungkin bila kita yang dewasa tutup mata, kita ke alam bayi semula.

Aura ibu memang power. Kalau berdoa untuk sesapa selalunya kita akan doakan sipolan berbinti kan mak dia. Tak kesahlah laki atau pompuan.

Laki ni takdak power. Ada pun untuk bebenda yg mudah atau "trivial" macam kuasa talak dan poligami. Tak best langsung. Wink.

4 comments:

  1. kan best kalau dpt ingat rasa masa duduk dalam perot mak hehe

    ReplyDelete
  2. my son kata : masa Abil dalam perut, masa mama makan, Abil nganga mulut teruuuusss makanan masuk mulut Abil. Bila mama makan pedas, kena tutup mata takut pedih.

    i tanya : gelap tak dalam perut mama?

    dia kata : tak ah, ada lampu.

    ~mia~

    ReplyDelete
  3. hehehe... tergelak gua sensorang.

    ReplyDelete