Monday, March 22, 2010

Dunia Umpama Lakonan Mantap

Gua baru balik dari taklimat tender.

Bila lu attend tender briefing macam ni, lu akan jumpa berbagai jenis manusia dari yang bujur sampailah yang ke tak der otak.

Ada golongan yang nak tunjuk pandai menyoalkan beberapa perkara remeh temeh. Soalan yang patut dijawab hanya dengan 20 kali tampar di pipi dan 45 kali di dahi. Ni golongan bodoh sombong.

Ada golongan yang kerja dia asik pergi taklimat tender sahaja sampai lu boleh cam baju yang dia pakai tu sama dengan taklimat tender sekian sekian haribulan. Golongan ni mungkin dari SPRM.

Ada golongan yang suka buat bising dan borak dengan ramai orang nak tunjuk dia terkenal dan tahu semua orang, sengaja nak "intimidate" orang lain. Ni selalunya salesman. Pakai shirt dengan cuffling, kasut tajam depan, spec mata hitam terselit atas rambut. Jangan kawan dengan diorang ni. Kuat menipu.

Ada golongan yang pakai seksi dengan harapan tender bid mereka akan lebih mantap bila berpakaian menjolok mata. Ni golongan lu boleh kawan sebab mungkin lu ada peluang bawak dia keluar jalan jalan cari makan lahir dan batin.

Ada golongan yang asik dok kasi namecard pada sesapa sahaja yang hadir dalam taklimat. Pak guard handle pas pelawat kat bawah pun gua syak dia kasi namecard dia. Jangan kasi namecard lu kat diorang kalau tak nanti diorang asik nak call jual barang kat lu.

Ada golongan yang dok senyap sambil usha-usha orang lain, pakai lebih kurang sahaja, buku nota pun tak bawak, dok balas-balas BBM/SMS/Text dengan sapa gua tak pasti. Yang ni bahaya skit sebab diorang unpredictable.

Gua?

Gua pakai seluar slack colour cream, maju kemeja kaler biru, kasut kulit coklat, stokin kelabu dan salin nota taklimat pakai memo application dalam Bberry gua sambil teringat pesanan Sylvester Stallone, "Dont Trust Anybody" dan juga kata orang dalam yang gua buat buat tak kenal waktu taklimat, "Ada rezeki, adalah".

6 comments:

  1. unpredcitable tu la yg menarik haha
    btol2 klu dah rezki mmg x kemana :)
    moga2 murah rezeki anda hehe

    ReplyDelete
  2. gua tak penah pegi tender briefing. orang lain pegi. keja gua slalunya setat bila dah awarded je.

    bes ke gi briefing nih?

    ReplyDelete
  3. Biola: amin

    Gayah: best tu tak la. Sometime attendance compulsary. Best tgk gelagat orang aje. Macam monyet pun ada.

    ReplyDelete
  4. korporat2, tender2, meeting2 bukan dunia gua rasanya.Teringin rasa jugak tapi apakan daya, skool pai darjah 6 saja.

    ReplyDelete
  5. aku dah cukup merasa buat tender.. takmo dah... cukup masa kat microtel :D

    ReplyDelete
  6. fikiran: Lim Goh Tong Genting menulis pun tak reti der.

    Vedd: lu sekarang photographer terkenal, memang laaa.

    ReplyDelete