Wednesday, March 31, 2010

Maki Bukan Amalan Kita

"Kepala otak lu berjambul!".

Siapa lah yang mula2 cipta ayat maki hamun diatas? Gua rasa dia mesti botak dan dengki dengan orang2 yang boleh bikin jambul atau "reymos" dalam bahasa ntahapa. Sebab dengki, beliau cuba memburuk-burukkan jambul. Tektik politik. Kotor kan?

Mungkin juga kerana bunyi ayat "bul" ni agak unik. "Tersembul", "gedempul", "bahalol".

Kalau orang maki gua dengan menggunakan frasa diatas, gua tak sentap skit pun. Sentap pun sikit aje la.

Gua sentap bila orang maki pakai nama mak. Walaupun tidak mengaitkan mak gua dengan mana2 bahagian anggota badan tapi cukup hanya dengan kata "mak lu", gua mesti sentap punya. Syurga bawah tapak kaki ibu. Neraka bawah tapak kaki mat rempit peragot beg yang belum insaf-insaf.

Di negara paling kafir di atas muka bumi yang fana ni, pertandingan maki mak lu (Your Momma Jokes) memang dianjurkan secara besar-besaran. Ada satu maki yang gua ingat dan berbunyi:

"Your momma so old, she puffs out milk powder off her tits."

Takder otak betol diorang tu.

4 comments:

  1. Gua suka melayan aje cik biola.

    ReplyDelete
  2. apa tips nak elak mulut dari suka maki?

    ReplyDelete
  3. Ada jorji. Lu kena jadikan mamat baju kuning belang hitam team emerald FC sebagai sahabat baik lu.

    ReplyDelete