Tuesday, March 16, 2010

Trip Pantai Timur

Minggu lepas gua gi trip ke pantai timur malaya. Selesai kerja jumaat, gua balik rumah tidor dulu. Tepat jam 3 pagi, alarm handphone lagu "cari jodoh" mengejutkan gua dan wife. Masa dok pack barang dalam bag gua buat muka tension sebab belum ada budget nak beli DSLR sambil jeling kat wife gua yang tengah sumbat baju dalam bag besar macam nak pergi bercuti sebulan.

Kul 4am pengembaraan bermula. Giler ngantuk. Sampai Petronas gombak nak masuk karak highway, gua beli air tin Nescafe Original. Tak hilang mengantuk pun. Perasaan ngantuk ni lebih ngantuk dari study malam nak exam penilaian darjah 5 dulu.


Gua sampai Kemubu, Kelantan jam 11pagi. Rumah member wife gua bebetol depan keris konkrit terpacak dalam tanah. Besar pahlawan melayu dulu2. Gua ingat excalibur pun tak gah macam ni.

Selesai hisap rokok lepas makan nasi dagang di rumah member wife gua, gua tido kejap. Kejap tak kejap, 2 jam jugak la. Celaka punya Nescafe, tak power langsung fight dengan nasi dagang.

Selesai tido petang, gua cargas ke homestay di rantau panjang. Malam tu gua gi Wakaf Che Yeh. Giler babi ramai orang. Kebanyakkannya datang dari tempat yang bukan di pantai timur. Gua ada terdengar sorang pakcik ni dok tawar menawar dengan tokeh kedai dalam bahasa loghat jawa. Parking awam penuh dengan bas pelancung dan mamat yang jaga parkingnya sehat2 dan bukan "mat pet".

Wakaf Che Yeh memang hebat. Lagi hebat dari uptown danau kota.


Keesokan paginya gua ke pasar rantau panjang. Nak usha jersi2 cetak rompak. Wife gua beli toto, kain batik dengan baju gambar "princess" untuk anak buah. "Oii awek, jalan cepat skit. Gua nak tangkap gambar ni!".

Selesai shopping kat rantau panjang, pi majlis kawin lepas tu gua terus shoot cari "lokan" atau ada orang panggil "lokam". Apa apa ajelah. Wife gua mengidam benda tu la pulak. Mujur dia tak ngidam makan tayar lori jenama Pirelli. Mana gua nak cari?

Dari Kelantan gua turun susur jalan pantai cari itu barang. Tempat yang selalu jual tarak jual, bukan musim kut. Wife gua dah muka monyok-monyok comel sambil kata, "takpelah, tak der rezeki kita". Kata-kata yang menghiris hati gua pakai ketip kuku dan menguatkan azam dan semangat untuk tetap mencari. Akhirnya gua jumpa satu gerai kecik kat Kuala Besut. Ceria wife gua turun kereta tak sempat gua masuk gear parking, dia dah keluar kereta.




Lu orang tau apa tu lokan? Tengok gambar kat bawah. Rupa dia macam kerang, tapi besar macam penumbuk Mike Tyson. Untuk mereka2 yang cacat penglihatan, baunya hanyir dan kulitnya tak menggerutu tapi licin ibarat pipi gua. Bini gua masak cili merah, sedap juga. Masak asam pedas? Gua tak pasti tapi lokan ni takda kat belah pantai barat. Laut belah sini tak cukup khasiat kut.


Selesai beli lokan, gua drive melayan perasaan macam driver bas express "Durian Burung" (Apa barang nama syarikat bas macam ni? Tak pakai konsultant langsung) sampai ke K.Terengganu. Stadium dalam gambar bawah ni baru lepas kena langgar dengan nyamuk seekor kepak sebelah gua rasa. Inilah akibat buat kerja tak mulakan dengan Bismillah.


Gua singgah Cherating makan tomyam. Jam dah pukul 10.30 malam. Gua congak2, 3 jam nak sampai KL kalau drive santai2 sambil dengar CD album Lady Gaga (baru tak mengantuk terbayang minah ni menyanyi berpakaian macam penduduk tetap planet pluto) dan badan gua dah amat letih. Kereta gua pulak bukannya laju macam bas Metro walaupun dalam hati gua ini kereta Audi R8. Gua malas beli nescafe tin lagi. Gua start kereta, baca Bismillah dan doa mulakan perjalanan pulang ke kota hutan batu, 69 kali menguap tak tutup mulut sambil mengeluarkan bunyi "HuuaaarrggghHHHhhhhhh".

4 comments:

  1. last gua gi kelantan awal tahun 1996.

    tobak mu takmboh doh gi sana. bapok jauh!!

    ReplyDelete
  2. Trip ni memang letih. Tapi gua lanyak jugak. Lu naik bas aje.

    ReplyDelete
  3. toto kt sana murah sgt ke?
    hehe lokan ekk x penah lak rasa
    mentarang penah dgr x?

    ReplyDelete
  4. Toto yang full set tu, RM55 satu. Corak dan material nya pun cemerlang. Yang jenis brengsek skit RM35 leh dapat.

    Mentarang berlambak kat kuala selangor.

    ReplyDelete