Thursday, June 16, 2011

Dapur Part 2

Sejak dapur saya dalam proses naik taraf, kami sekeluarga sering makan di luar. Kami makan di restoran, gerai, stall bawah pokok, stall burger meja straight, stall burger meja condong, drive thru, kedai dalam shopping mall, kedai dalam kedai, kedai takde rupa kedai, kedai nama Masya, kedai masyaAllah punya tak sedap, majlis kawin dan tidak lupa juga dirumah mak saya di Ampang.

Fui.. banyak nya saya makan. Padanlah makin naik berat badan saya.

Makan di luar memang langsung tidak menjimatkan. Nasi goreng dengan telor goreng sunny-side-up pun dah RM4 sepinggan. Minuman punya harga pula tak nak mengalah. Meletup!

Begitulah kehidupan kami sekeluarga seharian, mengharung hari demi hari dengan dapur yang belum siap siap. Bergerak dari restoran ke restoran, gerai ke gerai dengan isteri berpeluh mengendongkan anak sambil saya terhoyong-hayang membaca twitter sambil berjalan. Sehinggakan kadang-kadang terbawa igauan saya ini kedalam mimpi. Mimpi ngeri. Mimpi tak hensem. Mimpi dalam mimpi.

Pengalaman makan diluar saya tidaklah sehandal mana. Murtabak paling sedap yang saya pernah makan setakat ini ialah di Pelita KLCC dan Restoran Abas di Taman Ehsan, Kepong. Manakala yong tau foo (bukan chee chong fun) yang paling sedap ialah di Taiping, Perak. Makanan barat yang paling sedap saya makan ialah "fish n chips with curry" yang dijual di gerai tepi Plantagenet Street, Cardiff Wales. Nasi beriyani yang paling power saya pernah makan pula ialah di semua kedai kedai makan di Mekah, KSA.

Dalam banyak-banyak kedai makan, kedai yang paling saya tidak gemar ialah kedai makan yang ada perangkap lalat elektrik terletak di siling atas rak lauk. Apabila ada lalat masuk perangkap dia keluar bunyi "Berzzkkkk!". Selalu buat saya terkejut. Dah lah macam tu, sikit aje bangkai lalat di jaringan letrik perangkap walhal bunyi yang keluar tu berkali-kali. Terpelanting masuk bekas lauk ke?

Sila fahami bahawa bukan kerana terkejut atau bangkai lalat mungkin masuk bekas lauk yang membuatkan saya tak gemar kedai makan sebegini. Saya rasa kesian pada lalat yang mati terbakar jadi abu tu. Korang tak kesian ke?

Walau apa pun trajedi yang menimpa kita sewaktu melalui proses memakan, janganlah kita lupa satu perkara. Bacalah doa makan sebelum makan dan doa sesudah makan bila habis makan. Bersyukurlah kita dengan kebolehan kita untuk makan dan menikmati makanan kerana ada orang yang terpaksa makan pakai tiub walaupun dapur mereka berharga RM100,000.

3 comments:

  1. Semalam saya berjaya memasak dengan jayanya lauk yang sangat teringin saya nak makan. Udang masak lemak cili api campur kentang dan pucuk paku merah masak bening. Pehh. Suami saya balik kerja buka baju basuh tangan terus tak tunggu lagi. Sebenarnya lagi sedap asam belimbing ganti kentang tu tapi tak jumpa. Apa motif saya tulis kat sini ye. Oh saya takde blog sendiri.

    ReplyDelete
  2. Gayah: "like" dalam hati pun boleh, janji ikhlas.

    Anonymous, dari kau godam internet dan dapur kau tak tentu hala, elok kau buat blog. Bukan payah pun. Klik, taip, klik, taip, siap.

    ReplyDelete