Wednesday, June 08, 2011

Technology Killed The Poet

Teknoloji telah banyak merubah lanskap sesuatu barang. Dengan terciptanya skru, maka terciptalah pemutar skru. Ker, cipta pemutar skru dulu baru cipta skru? Ahh... Lantak lah.

Teknoloji bukan saja merubah lanskap tetapi juga telah merobohkan institusi bahasa dengan memadamkan maksud sesuatu peribahasa dengan sekali hayun.

Peribahasa 1:
"Kalau kail panjang sejengkal, lautan yang luas jangan diduga"
Maksud:
Kalau ilmu didada itu cetek, gunung everest janganlah pulak kau gatal nak panjat. Kau pergi panjat Batu Cave tu dulu.
Impak teknoloji:
Dengan kemajuan barangan yang diperbuat dari komposit karbon dan teknoloji tali besi yang halus tapi solid, kail yang pendek kurang dari sejengkal pun dah boleh guna untuk pancing ikan Grouper 10 kilo. Amacam brader pancing? Ada rasa tergedik gian nak memancing tak?

Peribahasa 2:
"Bagai mencurah air ke daun keladi"
Maksud:
Cerita dengan kau ni takde gunanya, membuang karen dan membazir masa. Bukankah masa itu emas?
Impak teknoloji:
Dragon Warrior telah membuktikan secara komputer grafik bahawa dengan menggunakan teknik mencurahkan air ke daun keladi, Xiao Po a.k.a Kungfu Panda telah berjaya mengalihkan bom bom dari meriam Shen si merak jahat dan seterusnya menyelamatkan negara China.

Hmmm, begitu luas topik yang ingin saya bualkan hari ini.

Kesimpulannya, teknoloji harus dibelai dan dikucup dengan mesra secara selektif. Jangan asik nak kucup aje.

1 comment:

  1. ye..


    TV juga satu teknologi.

    impak teknologi:
    kau.


    sekian.

    ReplyDelete