Hujung minggu sudah saya dan keluarga ke Taiping, Perak. Ada Taiping ditempat lain ke? Ampang ada di daerah Jajar, Kedah. Taiping entah. Kawan saya nama Jibam punya majlis kawin di Sg.Siput (U). Kawan wife saya pun ada majlis kawin di Pokok Asam, Taiping.
Selamat pengantin baru you alls.
Taiping tempat lahir saya. Mengikut kata mak, saya dilahirkan secara normal tanpa mak belajar "breathing technique dan kegel" di sebuah klinik. Yes, klinik. Bukan specialist hospital yang sekali beranak bil RM10,000. Dua kali beranak, saya pengsan. Arwah abah saya menjadi guru disana ketika itu.
Perjalanan ke Taiping kali ini agak menyeronokkan kerana saya masuk keluar highway PLUS mengikut tahap kesesakan jalanraya.
Taiping ialah antara bandar terawal mendapat kemajuan kerana bijih timah yang dijumpai disana. Disebabkan kekayaan ini penjara, hospital dan zoo yang pertama di Malaya terdapat di Taiping.
Plate kereta negeri Perak juga bermula dengan huruf A kerana kenderaan berdaftar dengan JPJ yang pertama ialah kenderaan orang kaya Perak.
Kedai mamak 786 "Bismillah" yang mula beroperasi tahun 1900 pun ada lagi dan saya pekena nescafe tarik disitu. Sama aje rasa nescafenya. Takde lah minum air pakai nescafe, gula dan susu made in 1900. Cirit-birit saya nanti.
Kedai mamak ni punya lah lama beroperasi tapi tak pulak dia jadi besar macam istana. Makin burok ada lah. Pelik. Saya nak tanya juga pada mamak tu, tapi rupa paras tabligh dia membuatkan saya segan. Kalau tokey nya rugged macam mat shuffle, saya dah tanya dah dan kalau jawapannya tidak memuaskan, saya tempeleng aje dia.
Masa balik ke Kuala Lumpur, saya memandu 7 jam. Sepatutnya Taiping-KL dalam 3 jam setengah kalau naik Proton yang sentiasa diservis dan tukar minyak hitam. Proton yang brek pad pun dah kering dan mengeluarkan bunyi nyaring bila ditekan akan mengambil masa yang lebih lama. Kalau naik Audi A4 S-Line, 30 minit aje.
Akibat perjalanan yang lama kerana kesesakan di highway, saya sakit belakang bila tiba dirumah. Tapi Alhamdullillah, saya masih ingat untuk membaca doa tidor sebelum tidor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taiping is the best place in Malaysia.
ReplyDeleteI Love Taiping.
Tempat yang sungguh antik.
ReplyDeletekawasan area penjara tu sangat best, ada latar bukit dan cuaca lembab Taiping.
ReplyDeletekalau aku ada duit yang banyak dan umur yang panjang, rasanya macam nak pilih tempat yang macam tu untuk bersara.
Opah saya duduk sana. Tiap2 hari raya kami akan balik jenguk opah, itu sebelum saya kawin dgn oranh Melaka. Orang Melaka tak der opah, yang ada nenek jer. Nenek orang Melaka sangat garang, itu belum mak mertua orang melaka lagi tu! kehkehkeh
ReplyDeletePs suami saya kata mereka garang sebab mereka keturunan lanun. Saya iyer kan jer. Dia belum tengok keturunan bugis atuk saya lagi eleh!
wiz