Sebagai peminat sukan nombor dua di Malaysia, saya telah cuba main banyak jenis sukan. Sukan seperti netball saya tak berani nak cuba lah kan walaupun pasukan netball Malaysia masuk world netball championship di Singapura Julai depan. Peminat sukan nombor satu di Malaysia ialah Dato' Hj. Hasbullah Awang. Dato' tu kalau boleh, semua benda di TV nak diulasnya.
Antara sukan yang saya cuba hanya sekali dan tidak ingin cuba lagi ialah lari separuh maraton (21 Kilometer) yang dianjurkan pihak MARA di Kuala Lumpur. Ketika itu umur saya dalam 20 tahun dan sedang belajar di Seremban. Saya masih muda remaja dan setakat lari keliling padang bola waktu latihan, selamba aje saya lari kuat-kuat 2 round.
Tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
Peserta harus berada di Dataran Merdeka jam 6.30 pagi untuk mendaftar. Jadi van sekolah saya bertolak ke KL dari Seremban jam 5.30 pagi. Pukul 3.30 pagi saya masih rilek layan kaset EMF dan belum tidor. Baru nak lelap dah jam 5.30 pagi. "Unbelievable" sungguh.
Saya gagahkan diri untuk bangun dan akhirnya sampai di K.L dengan air liur basi saya sebakul meleleh ke lantai van.
Jam 7.15am, saya dah bersiap nak mulakan larian. Saya panaskan badan ala kadar. Itu pun sebab segan kat brader2 berbangsa india berbadan kurus, pakai singlet berpenaja yang sedang gigih panaskan badan depan saya sambil pandang saya sebelah mata mungkin kerana tengok saya pakai stokin pejabat atau kerana asap rokok saya mengganggu sesi panas badan diorang. Tak pasti yang mana satu. Yang saya pasti, saya cuba nak rembat stokin sukan dari kutu katil sebelah tapi gagal.
Ngam-ngam selesai pijak puntung rokok, larian saya pun bermula jam 7.30am.
Lari, lari, lari.
Saya lari tak ingat dunia. Saya potong ramai brader2 india tadi. Yerlah, diorang mula dipetak hadapan. Ada ranking. Saya ni?
Lari, lari, lari.
Lama juga saya berlari, saya mula keletihan dan brader2 india tadi dah start potong saya balik. Otot bontot saya mengebas manakala kaki saya seperti meluncur diawang-awangan. Saya jeling penanda larian di tepi jalan. "3 kilometer".
"Baru 3 kilometer? Ada lagi 18 kilometer!" Saya panik dan perasaan kesal mula menyelubungi diri. Saya pejamkan mata dan terus berlari.
Kaki saya semakin lemah.
Lalu di penanda 5 kilometer, tiba2 perut saya memulas-mulas. Peha saya makin saya kepitkan ketika berlari kerana menahan sakit perut. Saya nampak PWTC di tepi jalan dan terdetik hati ingin berhenti untuk ke tandas tapi saya batalkan niat tu kerana itu bukanlah tindakan anak jantan. Sebagai anak jantan saya harus tahan berak, sambung lari dan teruskan perjuangan.
Lari, lari, lari.
Didepan saya ada bukit. Seorang mat rempit memperlahankan motornya disebelah saya kemudian dia berkata "kalau macam ni punya lari, baik tido lah. Hahahaha!" Terus dia memecut laju. "Cilake!" Saya jerit dalam hati sebab saya dah tak larat nak bercakap akibat terlalu penat.
Pakcik mula memotong saya. Kemudian brader gemuk. Awek-awek pula berbondong-bondong memotong saya dan akhir sekali makcik-makcik. Saya rasa sangat malu.
Saya ingat saya berlari, rupanya saya berjalan cekak pinggang sampai ke garisan penamat jam 11pagi. 3 jam setengah yang jahanam.
Itulah pengalaman maraton saya dan setiap kali saya lihat sijil penghargaan penyertaan diberi penganjur yang masih ada dalam simpanan saya, saya terkesima. Maklumlah, 15 kilometer berlari sambil menahan berak. Ada pernah dibuat orang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa tips nak tahan berak?
ReplyDeleteBergantung kepada kekuatan mental dan tahap kecairan najis itu sendiri.
ReplyDeleteiyer ker, ingatkan senaman kegel yang konsisten :p
ReplyDeleteSaya terkagum dengan pengakuan berani anda!
ReplyDeletekekaguman yang memuncak terhadap otot yang terlibat..=)
ReplyDeleteTahniah kerana menamatkan Larian Separuh Marathon. Kalau tak merokok, mungkin boleh lintas garisan penamat lebih awal.
ReplyDeleteCongratulations and keep running.