Monday, June 13, 2011

Kehilangan

Kehilangan ialah satu lumrah kehidupan. Ia seperti perginya matahari diwaktu senja dan akan pasti datang kembali ibarat fajar menyinsing diwaktu pagi.

Kehilangan itu amat pedih jika ianya membabitkan mereka2 atau barang2 yang disayangi. Pada firasat saya, kehilangan orang yang dibenci juga menyentapkan jiwa serba sedikit cuma tahap kesedihan itu amat ringkas. Seringkas jangkahayat motor cermin otomatik kereta Proton.

Khamis yang baru sudah ini seorang kawan kehilangan isteri, anak pertama dan kedua mertua beliau didalam satu kemalangan di Ipoh. Yang terselamat cuma anak kecilnya. Walau bagaimana pun anak kecilnya itu kini masih didalam keadaan kritikal di bilik rawatan. (Gambar dibawah ialah eksiden yang saya maksudkan).


Kehilangan mereka yang tersayang dan kesabaran tidak dapat dipisahkan. Saya mendoakan agar kawan saya itu sabar dalam ujian yang amat hebat ini.

5 comments:

  1. hati hancur berkecai tengok accidents like these. can't imagine your friend's feeling.

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. My friend was in KL when the accident happened. The moment he got the news, he stopped his car by the roadside and just could not drive. A friend came and drove him back to Kuala Kangsar.

    Terrible, terrible freak accident. His father in law was driving when suddenly he lost controlled, smashed the railings and one of the steel railing penetrated the car from front to back.

    His father in law was probably dead before losing control because there were no skid marks. Heart attack maybe.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Saya baca berita ni di website Cina Islam. Sungguh sedih. Tak dapat digambarkan perasaan kawan awak. Semoga beliau sabar. Ingatlah Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  4. bila mak saya didiagnosed menghidap breast cancer stage 4 dua tahun lalu, saya memang prepare minda habis-habisan untuk sebarang kemungkinan.

    bagi saya, "mati adalah satu permulaan untuk satu kehidupan yang lebih baik, yang lebih kekal"

    she is now in palliative care, daily chemo of tamoxifan, strict diet, etc etc....alhamdulillah nampak makin baik. insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. masya allah

    semoga dia tabah

    al fatihah

    ReplyDelete